Selepas hampir 32 tahun berkarya, kumpulan muzik popular tanah air, Exists buat julung kalinya bakal mengadakan konsert bersama kumpulan orkestra penuh yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023.
Menurut pemain gitar utama, Along, konsert yang diberi nama Exists x Orkestra ini bakal memberikan kepuasan bukan sahaja untuk ahli kumpulan tetapi juga buat para peminat.
Pada masa sama, konsert ini turut
disertakan dengan program amal dimana sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada artis-artis veteran yang bernaung di bawah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Sementara itu, keyboardist yang juga merupakan komposer terkenal, Ajai merasakan Exists kini belum bersedia untuk menghasilkan lagu baharu kerana lebih selesa untuk memberikan tumpuan terhadap konsert.
“Ketika ini merupakan fasa untuk mengadakan konsert kerana kami sudah puas dengan fasa pertama iaitu rakaman album.
“Exists sudah menghasilkan macam-macam lagu dan punyai 20 lagu yang boleh dinyanyikan bersama. Ini merupakan masanya untuk kami menikmati setiap konsert.
Ads
“Nak mengumpul seluruh anggota kumpulan ini agak susah sedikit kerana masing-masing punyai komitmen dalam kerjaya masing-masing. Kami hanya boleh berkumpul ketika konsert sahaja.
“Peminat pun masih sukakan lagu-lagu lama. Jadi, kalau nak promosikan lagu baharu, rasanya tak sempat,” katanya ketika ditemui di sidang media Exists x Orkestra baru-baru ini.
Ditanya mengenai rahsia Exists yang masih mampu bertahan dan bersahabat baik sehingga hari ini, Ajai mendedahkan rasa hormat diantara satu sama lain merupakan aspek yang paling penting.
“Kami menghormati setiap anggota. Rasa hormat itu sangat besar. Walaupun ada yang sudah keluar, hati itu tetap setia kawan. Bila bermain muzik memang tak akan bergaduh sebab semuanya nak enjoy.
Ads
“Bila semua kembali kepada Exists, pangkat kami semua sudah tiada lagi. Sama ada produser atau secessionist terbaik, kami letak tepi. Kami kembali seperti waktu kami kecil dahulu,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Along pula menambah, hubungan yang telah dibina sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
“Kami sudah bersama sejak zaman persekolahan lagi. Hubungan kami sudah sebati. Kami tiada isu yang remeh temeh. Kita pernah sudah senang bersama. Makan mee segera setahun pun pernah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pemain bass Exists, Musa pula mendedahkan sepak terajang yang telah mereka lalui selama tiga dekad ini telah mematangkan mereka sebagai sebuah kumpulan muzik.
“Kami pernah kena tipu ketika bermain muzik. Ada satu ketika, kami bawa balik kurang RM50. Kami anggap ini asam garam.
“Kalau kita ingat hal ini menghentikan langkah kita, maknanya jiwa kita tak teguh lagi. Industri muzik tak menjaminkan kesenangan tapi ia membawa kita menjelajah ke seluruh tempat,” kongsinya.
Konsert Exists X Orkestra yang dianjurkan oleh Persatuan Global Malaysia bakal berlang di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Tiket-tiket dijual pada harg RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dira Abu Zahar ada memuat naik beberapa keping gambar ketika menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga di laman media sosial Instagram menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Tengku Anggun Deandra.
“Nak sama tinggi dah. Sikit hari lagi habis lah wardrobe den. Waimah apa Jadi.
“Tak pernah beraya xde dia. Alhamdulillah atas nikmat yg satu ni. Syukur syukur syukur,” tulisnya.
Terdahulu, Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra.
Namun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2010.
Selepas itu, Dira telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada tahun 2013.
Bagaimanapun, perkahwinan Dira sekali lagi gagal dan mereka bercerai pada tahun 2016.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, pelakon Fiza Abdul Halim ada meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran makanan yang dikatakan tidak berbaloi oleh sebuah restoran.
Menurut Fiza, dia mengirim nasi goreng cina tanpa sayur dan ayam untuk anak-anaknya lalu dia mengaku dia terkejut apabila mendengar harga nasi goreng cina daripada sepupunya.
Lalu, bekas anggota kumpulan Elite itu telah memberikan komen dan meminta pandangan daripada pengikutnya menerusi Instagram.
Bagaimanapun tiga hari lalu, Fiza ada memuat naik satu lagi posting yang meminta maaf andai kenyataannya sebelum ini berkaitan hal tersebut ada menyakitkan hati netizen atau mana-mana pihak.
Baginya, dia hanya menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan nasi goreng yang dipesannya sahaja.
“Kalau kenyataan sy pasal nasi goreng tu menyakitkan hati korang atau mana2 pihak SAYA MINTA MAAF ya… Pada sy ,sy hanya menyuarakan rasa tidak puas hati sy berkenaan dgn nasi goreng kosong tu jer. Kalau sy salah mohon maaf ya.
“Mmg lah kalau pergi minum starbucks,makan kat mcd kita semua tak complain sbb berbaloi dgn apa yg disajikan..dan makanan tersebut mmg bawa jenama kedai tu sendiri serata dunia.Bnyk yg komen ke sy personally dan dlm ig MARAH ke sy.
Pada masa sama, dia juga menafikan apa yang dilakukannya itu adalah untuk mencari publisiti murahan. Katanya lagi, dia sudah tidak hairan jika tidak popular kerana rasanya dia sudah ‘telebih popular’ 20 tahun yang lalu.
“Ada yg kata sy nak populariti murahan lah. Sy rasa sy dah terlebih popular 20tahun yg lepas.. sampai dah jd suam dah skrg…Tak heran dah pun kalau tak popular. Hahahah.
“Takpelah,lepas ni kalau nasi goreng jatuh rm20 sebungkus pun kira oklah kan. Sy bukan sengaja nak viralkan or apa2.Takde niat pun.Cuma bertanyakan pendapat saudara2 semua jer..BERBALOI atau TAK..itu jer.Pada yg marahkan sy sgt2,sy mintak maaf ya,” pintanya.
Foto : Instagram Fiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah ‘menghilang’ beberapa ketika dalam dunia hiburan kerana tidak mendapat tawaran kerja, pelakon Johan As’ari kini mengakui sudah semakin seronok melayan aplikasi TikTok sehingga boleh meraih pendapatan lumayan pada setiap bulan.
Menurut Johan atau nama sebenar Jona Ariff As’ari, 37, disebabkan kesungguhannya mengadakan sesi live setiap kali bersiaran di aplikasi tersebut, namanya kini tersenarai di antara 50 tiktokers terbaik di Malaysia.
“Saya tiada menghilang ke mana-mana.. sebelum ini dah tiga bulan saya tidak ada job, dua minggu saya buat siaran langsung di TikTok, saya tak sangka boleh menjana pendapatan daripada situ.
“Saya tak ada niat pun cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.
“Saya hanya bersembang dengan peminat dan tak sangka, hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah daripada mereka yang bermurah hati.
“Malah, kalau ikut ranking, saya kini berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia,” katanya.
Johan berkata demikian pada majlis pelancaran kerjasama melibatkan KamiSempoi International Agensi (TikTok) dan Kelab Wanita Ikon Malaysia kempen CSR, ‘Are You Okay?’ yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Pelakon filem Air Force The Movie ini juga mendedahkan pada permulaannya, dia hanya menggunakan bekas botol kurma sebagai tripod untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat.
Malah, topik yang dikongsikannya juga adalah bersifat ‘random’ dan bersahaja.
Ifa Raziah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila dituduh netizen sengaja berpura-pura pengsan di acara StarVendors KL Mega Raya Fest 2025, yang berlangsung beberapa...