Pelawak dan pengacara, Ali Puteh, meluahkan rasa geram selepas ada segelintir pengikutnya di Instagram yang bertindak memberikan komen-komen negatif terhadap foto anaknya, Syed Umar Iskandar.

Malah, mereka turut dilihat sengaja meninggalkan komen-komen berbaur perlian pada entri tersebut.

“Makan Penampar Mulut Tu Pecah Nanti,”- Beri Komen Sindiran Pada Foto Anak, Ali Puteh Naik Angin Dengan Siapa?

Insiden berkenaan jelas mengundang rasa kurang senang di hati Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan.

Lantaran itu, Ali dilihat telah tampil bagi mempertahankan anaknya itu sekali gus memberikan amaran kepada individu-individu terbabit untuk tidak lagi berkata mengenai perkara sedemikian.

Ads

“Makan Penampar Mulut Tu Pecah Nanti,”- Beri Komen Sindiran Pada Foto Anak, Ali Puteh Naik Angin Dengan Siapa?

“Dah tua-tua jaga sikit mak cik. Makan penampar mulut tu pecah nanti. Jangan kata anak aku makcik. Esok makan penampar lurus mulut tu makcik.

“Pergi sembahyang doa panjang umur. Esok-esok nak mati dah. Pergi jaga amal lagi baik dari mengata sane sini mak cik. Ingat jaga mulut ye mak cik. Mau aku sental dengan cili api nanti,” tulisnya di ruangan komen.

Ads

Pada masa sama, terdapat juga segelintir netizen yang berasa kesal terhadap tindakan individu berkenaan yang dilihat tidak sensitif kerana melibatkan anak kecil yang tidak berdosa itu.

“Makan Penampar Mulut Tu Pecah Nanti,”- Beri Komen Sindiran Pada Foto Anak, Ali Puteh Naik Angin Dengan Siapa?

Ads

Terdahulu, Syed Umar telah dilahirkan pada tanggal 25 September 2020 dan nama tersebut juga telah diberikan sempena memperingati pemergian abangnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih popular dengan panggilan Abam Bocey.

Ali yang juga merupakan anggota kumpulan lawak, Puteh telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Melati Fitri Abdullah pada Mei 2016.

Selain Syed Umar, pasangan ini turut telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaituSharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Sumber: Instagram Ali Puteh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI