Penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan dirinya pernah merasai pengalaman hidup susah bersama sahabatnya yang juga merupakan pelakon, Jay Izwazir
Jelas Fizi, satu ketika dahulu mereka pernah mempunyai wang sebanyak RM10 untuk bertahan sehingga hujung bulan.
“Ni kawan abam yang dulu-dulu sama-sama susah sama-sama senang. Pernah dulu nak lepak duit ada rm10 je sampai hujung bulan.
“Jadi makan la roti canai minum air kosong bergelas-gelas. Banyak la kenangan abam dengan mat PARUT di muka tapi baik hatinya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Katanya lagi, pelbagai pengalaman pahit manis yang pernah mereka lalui bersama sepanjang perkenalan tersebut.
“Gaiss dia dah keluar produk sabun cuci pingan..Meh la support gais..Murah-murah dia jual siap boleh borong lagi..siapa tak beli abam tak nak kawan,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fizi bersama rakan-rakan penyampai lain bakal muncul menerusi Konsert Digital Jelajah Suria yang akan bersiaran secara langsung pada 24 Mac ini menerusi semua platform Suria Malaysia seperti di Facebook dan juga Youtube Suria TV bermula jam 9.00 malam.
Konsert digital ini akan menghimpunkan barisan artis ternama tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Datuk Awie, Haqiem Rusli dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Fizi Ali & Jay Izwazir