“Makcik Bawang, Kasi Chance Cuti Pantang Beberapa Jam Ye,” – Sambut Birthday Pada Hari ke-21 Pantang, Mawar Pohon Netizen ‘Henti Membawang’ Kejap

Share

Semalam, pelakon yang baru melahirkan cahaya mata sulung, Mawar Rashid ada berkongsi situasi lucu ketika suaminya, Raff Yaakob cuba melakukan kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24.

Kongsi Mawar menerusi Instagram, kejutan tersebut diketahuinya awal.

“Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar.

“Tapi KSha @raysaachanelaraf  dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah,” tulis Mawar.

Menyedari akan diberikan kejutan hari jadi, finalis Dewi Remaja 2015 ini terus mendapatkan khidmat solekan daripada juru solek kegemaran.

“Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA fav Mawar @makeupbynadianordin untuk bersiap cantik2.

“Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak. Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya.

“Mawar tahu korang Carr pasal Mawar,” kongsi Mawar yang turut memohon supaya ‘makcing bawang’ chill terhadap situasinya yang sedang berpantang.

Published by
Rafiq Mazlan