Pelakon senior, Esma Daniel ada berkongsi beberapa keping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Meski sudah berusia 50 tahun, Esma atau nama sebenarnya Esma Daniel Md Isa kini kelihatan semakin kerap melakukan aktiviti senam di gimnasium.
Bukan itu sahaja, Esma juga kelihatan semakin segak dan berbadan sasa.
“Sometimes there are things in life that aren’t meant to stay. Sometimes change may not be what we want. Sometimes change is what we need. #fitness #workout #toxicfree,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini menjadi perhatian netizen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Esma yang kelihatan semakin tampan dan berbadan sasa.
Ads
Untuk rekod, Esma telah dilahirkan pada 16 Januari 1969 dan telah memulakan kerjaya pada tahun 1991 selepas menjuarai pertandingan Hero Remaja 1990/91.
Foto: Instagram Esma Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Abby Abadi memaklumkan dirinya kini sedang dalam usaha mencari dan membantu mana-mana wanita atau bakal ibu yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi mereka.
Menurut Abby, pertolongan ini bertujuan memberikan bayi tersebut masa depan yang lebih baik terutama buat mereka yang segan untuk berurusan dengan mana-mana badan kebajikan.
“Saya memerlukan bayi yang tak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinya kan tapi itulah dia.
“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka, jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Abby turut mendedahkan dia tidak kisah mengenai apa jua status bayi tersebut malah turut berjanji akan menyerahkan mereka kepada penjaga yang benar-benar berkelayakan.
“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sah atau tidak sah.
“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab
“Yang sudah lahir di alu-alukan. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. DM tau.
“Ps: Yang tak berminat, mencari salah, sibuk nak pertikaikan itu dan ini, komen anda tidak diperlukan disini ye. ALLAH sebaik-baik penilai,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni tersebut selain turut mendoakan agar segala urusan Abby dipermudahkan.
Terdahulu, pada tahun 2018, Abby bersama suaminya, Muhammad Faizal telah pun mengambil seorang anak angkat lelaki, tidak sampai sebulan kemudian pasangan tersebut mendedahkan menerima seorang lagi bayi perempuan.
Kemudian pada April lalu, pasangan ini memutuskan untuk menambah seorang lagi bayi perempuan yang ketika itu baru berusia sembilan hari untuk dijadikan anak mereka.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015 dan telah pun dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun meninggal selepas 70 hari dilahirkan.
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya telah terjatuh semasa ingin pergi ke tandas.
Jelas Nubhan, sewaktu isterinya memaklumkan mengenai perkara tersebut, hatinya berasa amat risau terutamanya bila memikirkan mengenai kecederaan yang bakal dialami oleh ibunya itu.
“YANGGGGG MAK JATUH DALAM TOILETT!!! Saya terkejut dan terus berlari ke mak…masa tu mak dah mengensot ke pintu toilet x boleh bangun.
“Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalau apa2 terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun.
“Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan…syukur hanya tangan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu lagu Sekali Lagi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Nubhan akhirnya mampu menarik nafas lega apa doktor mengesahkan ibunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bahagian tangannya sahaja yang dilaporkan retak.
Dikesempatan itu juga, Nubhan mengakui dirinya berasa amat bersalah di atas insiden yang menimpa ibunya itu.
“Nubhan… mak jatuh tadi, lantai tu licinnn” (dalam nada sebak mak cakap kat saya.) Ya Allahhh betapa bersalahnya saya rasa…terasa gagal dalam menjaga mak.
“Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 1 bulan. InsyaAllah… mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semua baik-baik sahaja buat ibu Nubhan.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...