Selepas bersalin dan melalui tempoh berpantang, pelakon Izreen Azminda dilihat agak kerap berkongsi foto anak-anaknya di akaun Instagran miliknya.
Menerusi entri terkininya, bintang ini ada memuat naik foto anak pertamanya, Adrian.
Kongsi Izreen, putera sulungnya itu kini semakin membesar dengan baik bagaimanapun bermacam kerenah.
Di samping itu, Andrian juga kelihatan semakin hari semakin comel!
“Haiilahh anak teruna mama ni. Makin besaq makin byk ragam.. #adrianumar,” tulisnya.
Terkini, Izreen telah selamat berpantang selepas melahirkan anak keduanya bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.
Terdahulu, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Manakala suaminya kini, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Foto : Instagram Izreen Azminda