“Makin Kuat Dia Berdoa, Makin Bertambah Rezeki,” – Tangguh Dulu Hasrat Beli PS5 & Iphone 12, Fizo Omar Ikhlas Hati Hadiahkan Ibu Skuter Elektronik

Share

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mengakui dia ambil keputusan untuk tangguh impian untuk memiliki telefon pintar, Iphone 12 dan permain video terbaru, Playstation 5 kerana ingin menghadiahkan ibunya sebuah skuter elektronik.

Menurut Fizo, pemberian tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan ibunya lebih-lebih lagi ketika ingin pergi ke surau ataupun masjid.

“Hopefully perasaan Mama sama mcm apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.

“Hmmmm… Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawak pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iphone dan ps5, dengan kedai-kedai skali boleh beli.

“Ameen insyallah. P/s – mcm cik yam jer lebih happy dari Mama,” luahnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram.

Jelas Fizo lagi, dia tidak kisah untuk menangguhkan hasratnya itu kerana percaya Allah tidak akan pernah menyekat rezeki sekiranya kita mendahulukan ibu bapa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji selain turut mendoakan semoga bapa kepada seorang anak ini akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Dalam perkembangan lain, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu, Fizo meluahkan rasa terharu selepas saluran Youtube miliknya kini telah pun mencecah lebih 100 ribu jumlah pengikut.

Sumber: Fizo Omar

Published by
Aizam Manaf