
Pelakon Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil anak pertama ada berkongsi figura terkininya kepada peminat.
Sambil merakamkan foto secara ‘selfie’, penampilan bintang Curi-Curi Cinta ini nyata menarik perhatian ramai, meski hanya mengenakan persalinan santai yang sederhana.
Malah posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 100,000 tanda suka!
“Summer days,” tulisnya ringkas pada satu hantaran terkini di Instagram.
Lalu meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu yang kekal menawan selain bentuk badannya yang dilihat tidak berubah.
Zahirah dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari lalu.
Pasangan ini kini sedang mengisi masa di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka di sana.
Foto: Instagram Zahirah Macwilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kini Aku Cuma Boleh Berdoa Kepada Allah SWT,” – Luah Irwansyah. Selepas Ayah Meninggal Dunia, Kini Ibu Pula Bertarung Nyawa Melawan Covid-19

Pandemik Covid-19 ini bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Kini dengan penularan virus secara sporadik, menjadikan kadar kebolehjangkitan virus tersebut lebih tinggi. Tidak kenal pangkat dan darjat sesiapa sahaja boleh diuji.
Aktor popular negara seberang, Irwansyah, baru-baru ini telah kehilangan ayahnya, Umar Effendy, pada 8 Julai 2021 akibat virus Covid-19. Kini dia dan keluarganya sekali lagi diuji apabila ibu mereka, Herlianah, dijangkiti virus Covid-19 dan ketika ini sedang bertarung nyawa melawan jangkitan di hospital.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, suami kepada Zaskia Sungkar ini meluah rasa rindu kepada ibunya, “Irwan rindu mana. Kalau boleh jujur masih berharap sangat mama sembuh. Aku cuma mampu berusaha dengan doa kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya untuk manusia. Tetapi kita hanya boleh berusaha, tetapi Allah SWT yang berkehendak.”
Selain itu bintang berusia 36 tahun ini juga berkogsi cerita mengenai kedua orang tuanya, “Mama dan papa mahu sangat lihat anak saya, Alhamdulillah mereka berpeluang melihatnya. Mama dan papa mahu melihat anak-anaknya menjadi anak yang baik, Alhamdulillah menurut mereka kami, kalau mama sampai ke takdirnya Insya-Allah mereka berdua sudah tenang.

“Saya baru sedar yang mereka Bahagia memiliki kita diwaktu kecil. Selepas kita menginjak dewasa mereka Bahagia tetapi mereka takut. Takut apa? Takut anaknya tidak menjadi dan tidak beriman. Menurut mereka, kami sudah berhasil dan beriman, jadi tugas kami adalah menjaga pandangan mereka itu. Bismillah…”
Sumber & Gambar: Instagram Irwansyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lingkaran Batu Swarovski & Sajak Dipakai Syifa Melvin Yang Berleher Jinjang, Gaun Kahwinnya Curi Tumpuan

Tahniah diucapkan buat selebriti media sosial, Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid yang telah selamat diijab kabulkan pada tanggal 28 November lalu dengan sekali lafaz.
Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, di sini, pasangan terbabit dinikahkan jurunikah, Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirol Melvin.
Majlis dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Dalam pada itu, salah satu perkara yang mencuri tumpuan pastinya persalinan yang dikenakan Syifa pada hari bahagianya.
Syifa anggun menyarung persalinan khas hasil sentuhan magis pereka fesyen terkenal AMAZÉ yang memiliki pengalaman luas dalam menyiapkan busana hari bahagia buat para selebriti terkenal tanah air seperti Adam Lee dan Sweet Qismina serta Syamel dan Ernie Zakrie.
Menerusi perkongsian di Instagram, wakil AMAZÉ berkongsi mengenai rekaan gaun moden namun masih terlihat tertib dan sopan itu.
“Lady boss empayar KEKASIH, @syifamelvin tampil berseri dalam persalinan gaun potongan A-line beserta cape labuh meleret. Diolah dalam versi high neck, sajak dipakai Syifa yang berleher jinjang,” tulisnya.
Selain digayakan dengan cape, persalinan yang tampak mewah ini sememangnya menarik perhatian para wanita kerana ia turut diserikan lagi dengan lingkaran permata daripada Swarovski.
“Memukau pandangan dalam rona perang ‘sand’, dalam balutan renda sarat manikam abstrak juga lingkaran permata Swarovski. Layah penuh biasan permata melengkapi gaya mempelai ini,” kongsinya lagi.
Wakil AMAZÉ turut menambah, pihaknya juga amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan barisan ‘glam team’ berpengalaman yang bertungkus lumus menjadikan penampilan Syifa pada malam tersebut sangat luar biasa.
“‘Glam team’nya juga bukan biasa-biasa. Rias wajah ala Timur Tengah kombinasi sentuhan @bellahudd dan @iansham, dan begaan hijab berseni oleh @_ekajamaludin. Henna dari @anna.bakry,” kongsinya lagi.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.
Bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 yang dipercayai milik Syifa dan Safawi.
Apapun, MH ingin mengambil kesempatan ini untuk menitipkan ucapan semoga banhtera rumah tangga yang dibina Syifa dan Safawi akan berkekalan hingga ke syurga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syifa Melvin dan AMAZÉ
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emma Kini ‘Free Hair’, Tetapi Kenapa IG Kamal Adli, Zizan Razak Pula Dihujani Komen Netizen?

Kecoh di media sosial petang semalam apabila pelakon, Emma Maembong kini sudah kembali membuka hijabnya selepas lima tahun tampil Muslimah.
Perkara itu disahkan Emma sendiri menerusi gambar yang dimuat naik pelakon Kimchi Untuk Awak di Instagramnya.
Lantas, perkara itu telah terpalit sama dengan bekas kekasihnya iaitu Zizan Razak dan Kamal Adli.
Menjengah di ruangan komen pada setiap gambar kedua-dua akstress kacak itu, mereka turut dihujani komen netizen mengenai perkara tersebut.
Dalam perkembangan lain, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani kini tampil dengan gaya rambut berwarna ash grey.
Foto : Instagram Zizan Razak, Kamal Adli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI