“Makin Marah, Makin Nak Buka Aib Orang,” – Kakak Emma Maembong Tetap Positif, Tidak Mahu Balas Dendam

Share

Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong tetap positif meski menerima pelbagai kecaman netizen mengenai imej dan fizikalnya.

Bagaimanapun, Beby tidak mudah melenting, sebaliknya sentiasa berdoa kepadaNya.

“Biar apa org buat kt kita… Kita jangan balas… Sbb malaikat akan duduk sama2 dengan kita saat kita di anaiya dan di fitnah. Lalu di angkatkan doa kita satu per satu utk di makbulkan.

“Tapi Saat kita terniat untuk balas balik, malaikat pon pergi dan di gantikan dgn syaitan. Sbb tu bila kita mula marah atau mula membawang pasal org.

“Makin menjadi2 nak marah.. Makin semangat nak buka aib org.. Makin seronok nak cerita.. Sebab setan tengah bagi semangat tu 😘.

“PESANAN IKHLAS DARI AKAK MERMAID JE. Sbb tu akak ni jenis x heran org nk fitnah apa pun. Masuk kiri keluar kanan dan ucapkan ALHAMDULILLAH,” tulisnya.

Lalu, netizen bersetuju dengan respon positif ibu beranak empat ini.

Foto : Instagram Beby Maembong

Published by
MH