Uncategorized

‘Makin Meningkat Tahun,Makin Bermacam-Macam Rekaan ‘Creative’ Baju Melayu, Kain Pelekat La..’- Nabila Huda

Share

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, tidak dinafikan memang banyak fesyen baju raya yang dapat kita lihat.

Terbaru, kecoh apabila ada satu fesyen baju melayu viral kerana dikatakan menyerupai baju ‘breastfeed’.

Mungkin ‘kagum’ melihat makin banyak fesyen baju raya yang pelik, pelakon , Nabila Huda memuat naik ‘bebenang’ di laman Twitter miliknya menyuarakan pandangannya mengenai isu tersebut.

“Bila nak raya,makin meningkat tahun,makin bermacam-macam rekaan ‘creative’ baju melayu,kain pelekat la, Dia tambah itu ini.

“Ya ALLAH SWT,lelaki dah elok pakai yang biasa je.baju melayu classic or jubah.Tak payah la berdesign2 macam baju perempuan.

“Tengah bayangkan kalau suami kite yang balik rumah cakap ‘sayang,saya dah beli baju melayu kat raya bazaar.

“Stylo gila tau, ada pocket kat tengkuk,pastu button kat tepi,zip depan belakang…memang vogue Kalau pakai raya pertama,’weh sumpah tak kan jalan sebelah! haha,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Nabila merasakan tidak perlulah fesyen baju raya yang pelbagai. Yang sedia ada rasanya sudah memadai.

“Cuba jangan ubah apa-apa rupa baju melayu tu. Jauh sangat perginya korang ni benda klasik pun nak ubah. Dah boleh patah balik ke belakang gais. Jangan terlalu kedepan sangat. Sungguh menakutkan.

“Melainkan orang yang pakai tu ada jiwa wanita, then it’s alright la. Kite faham,” tulisnya lagi.

Selain itu, Nabila turut menyuarakan pendapatnya mengenai fesyen baju raya wanita yang ‘belanja habis-habisan’ semasa hari tersebut.

“The best thing about raya,boleh memerhati baju orang yang datang. Ada yang berbatu. Ada yang kembang meleret satu halaman dia sapu. Ada yang bertudung, tapi baju sendat gila nampak melekat boobs and bontot. Belanja habis-habisan hari raya!

“Belum lagi yang dah set rambut lurus, tapi dah tengahari rambut dah mengeregek,tapi masih lepas rambut tersebut.

“Lepas itu yang pagi raya sejenis make-up mampat gila, eyebrow on fleek, dah tengahari eyebrow dah ke utara selatan, muka bertompok-tompok,bulu mata dah tercabut separuh.hahaha!” tulisnya lagi.

Sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh Nabila itu ada benarnya, MH lihat sekarang ini fesyen baju raya dah macam baju kahwin pun ada.

Apa-apapun, MH rasa semua ini muncul kerana ada permintaan orang ramai, maka sebagai peniaga mestilah mereka ikut kehendak pengguna kan? Yang penting, hari raya dapat disambut dengan meriah dikelilingi oleh ahli keluarga dan orang tersayang.

Sumber: Twitter Nabila Huda

Published by
Khaleeda Rashikin