Pelakon dan usahawan, Zara Zaya mengakui dirinya kini berasa lebih tenang dan selamat terutamanya selepas memutuskan untuk mengenakan hijab sejak setahun yang lalu.

Malah, Zara sendiri turut menafikan keputusannya untuk berhijab adalah sebagai persediaan untuk menempuh alam perkahwinan.

Sebaliknya, Zara menjelaskan segala apa yang berlaku terhadap dirinya ketika ini adalah kerana kemahuannya sendiri.

Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.” Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.”

“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Pada ketika saya terdetik untuk berhijab, masa itu saya masih lagi ada shooting. Lebih kurang lagi seminggu. Saya selesaikan dulu shooting tersebut.

“Habis shooting hari Jumaat, Sabtu terus saya pakai dan pergi beli tudung. Prosesnya sangat mudah dan sampai ke hari ini saya berasa sangat tenang dan selamat.

“Mencari ketenangan adalah keutamaan saya. Jika sebelum ini, ada sahaja perkara yang tidak kena. Saya juga mendalami ilmu agama dan cuba penuhi solat lima waktu.

Ads

“Saya tidak kata yang ketika ini saya sempurna tapi saya rasa lebih baik dari yang sebelumnya. Ada yang kata saya pakai tudung sebab nak kahwin tapi sebenarnya tidak. Saya buat untuk diri saya sendiri,” katanya.

Pelakon drama Isteriku Bukan Tukang Masa itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.

Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.” Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.” Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.”

Katanya lagi, meskipun dirinya kini sudah tampil dengan imej berhijab, namun Zara tetap merasa kehidupannya kini jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Ads

“Saya rasa ramai je selebriti yang job makin bertambah selepas berhijab. Itu juga perkara yang terjadi kepada saya sendiri.

“Alhamdulillah, tiada istilah tiada job untuk saya buat masa sekarang. Ada juga yang tawarkan saya untuk berlakon telefilem tetapi watak tersebut memerlukan wanita yang tidak bertudung. Saya kata takpelah tapi pada masa sama saya dapat tawaran lain juga.

“Rezeki tu bukanlah datang dari shooting sahaja ada juga kempen-kempen yang orang tak nampak. Mereka boleh kata saya dah jarang keluar di kaca televisyen tetapi sebenarnya ada beberapa lagi tuntutan kerja yang lain,” jelasnya lagi.

Ads

Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.” Percaya Rezeki Ada ‘Job’ Atau Tidak, Zara Zya Tenang Bercerita – “Ada Kata Saya Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin, Tapi Sebenarnya Tidak.”

Langsung ditanya mengenai syarat-syarat yang diletakkan sebelum menerima sebarang tawaran, Zara menjelaskan mungkin kini sudah tiba masanya untuk dia menjaga batas dalam setiap perkara.

“Sudah tentu saya ada letakkan beberapa syarat. Saya akan pilih watak yang sesuai untuk wanita berhijab. Tidak la bebas macam dulu-dulu.

“Batas itu perlu ada. Orang memang tahu yang saya ini suka berekperimentasi dan boleh cuba watak apa sekali pun. Tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya hadkan mengenai perkara tersebut.

“Sampai bila nak macam tu lebih-lebih lagi ketika imej saya yang sebegini. Saya kena betul-betul bergerak ke arah jalan yang saya pilih. Saya tidak berhenti terus dan masih lagi berlakon cuma ada batasnya,” ujarnya lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=CwCi8qMzbQY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI