Usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita menitipkan kata nasihat khususnya golongan berusia untuk sentiasa menjaga kesihatan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Rozita juga menyuarakan pandangan supaya memperbanyakkan amalan kebaikan dalam hidup.
“Makin tua, banyak nikmat Allah tarik. Nikmat kesihatan, nikmat kecantikan nikmat makan! Selalu rasa sunyi sebab Allah mendidik kita tentang kematian, alam barzakh.
“Elakan buat dosa dan banyakkan amal kebaikan kerana mati & sakit, tua itu adalah sgt pasti, jangan mati dalam kebencian manusia jauhkan murka dan kebencian Allah.
“Semua tu membuatkan kita faham erti berjaga-jaga pada apa nikmat hari ni! Bonda dah tua ni tak boleh banyak makan petai, durian, ikan bilis… apa saja saya share ialah peringatan pada yang sihat!,” tulisnya.
Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri ini seterusnya mahu berazam untuk sentiasa menjaga kesihatan meski usia semakin meningkat.
Jelasnya, adalah sangat penting untuk warga emas menjaga kesihatan supaya tidak memberi bebanan kepada anak sekiranya ditimpa jatuh sakit kelak.
“Sistem imun makin lemah..!! Sebab pertahanan badan kurang maka saya cari solusi untuk sihat dan aktif! Saya tak nak anak-anak ziarah saya di hospital, menyusahkan anak-anak memang saya tak nak.
“Saya berazam nak sihat, cukuplah melihat pengalaman jaga ahli keluarga sakit. Sepupu saya ramai yang mati muda sebab sakit makan tak berjaga sejak kecil. Sebab ambik banyak gula, susu pekat manis, air tin dan banyak lagi! Sedih & susah pergerakan,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Rozita Ibrahim