“Maklumlah Dah 6 Tahun Tak Merasa Mengandung,”- Izreen Azminda Lupa Tips Amalan Ibu Selepas Bersalin

Share

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam kini akui dia kini sudah hampir lupa perihal tips yang boleh diamalkan buat ibu selepas bersalin.

Kongsi Izreen, kali terakhir dia merasai pengalaman mengandung ialah sekitar 6 tahun, ketika mengandungkan anak pertamanya.

Tq Ms Phua kerana sudi jemput kitaorg ke @camybabyland.com.my dah la besar betol kedai dia.. Mcm syurga barangan baby sgt.

“Dari brand kecik2 ni sampai brand besar2 semua ada dlm satu kedai.. Tak pyh nk susah2 pegi 2..3 kedai utk beli barangan baby..

“Iols plak pantang tengok.. Mcm tiada hari esk semua nk angkut sambil2 bershoping tu.. Dapat jugak la sedikit sebanyak pengetahuan tentang pentingnya carseat utk anak2 kita dari @koopersmalaysia ..

“Tentang produk mandian yg bagus dari @budsorganics Dan jugak makanan yg boleh memperbanyakkan susu ibu dari @lactomomma ..

“Maklumla dah 6 tahun tak merasa mengandung semua.. Lupa habis tips2 dlu yg diamalkan.. Gitewww utk mommy2 plak.. Mmg kedai @camybabyland.com.my highly recommended sgt utk shopping barangan baby!! Tak percaya.. Try la pegi tgk.. Loveeee”tulisnya.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Adrian Umar, 6 tahun namun mereka telah berpisah pada 2014.

Kemudian, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara.

Sebelum ini, kedua-duanya juga pernah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak dalam perkahwinan terdahulu.

Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013.
Bagaimanapun, pasangan tersebut berpisah sekitar Mac tahun lalu.

Foto : Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi