Meskipun sudah bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan hubungannya bersama bekas menantu yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana tidak pernah berubah.
Menurut Yusof, Puteri Sarah masih membawa anak-anaknya datang ke rumah untuk meluangkan masa bersama dia dan isteri, Datin Patimah Ismail.
“Saya mengharapkan agar segalanya berjalan dengan baik. Mereka juga sudah berpisah dengan cara yang baik. Itu juga yang melegakan hati isteri saya.
“Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Apapun yang berlaku, hubungan kekeluargaan dan bersama anak-anak jangan pernah terputus. Wang bukanlah segala-galanya.
“Bagi saya, hubungan sesama kita adalah lebih penting daripada wang ringgit. Kita doakan sahaja yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemilik syarikat produksi terkenal , Skop Production ini juga memaklumkan dia dan bekas besan akan sentiasa menjaga hubungan baik walaupun anak-anak sudah tidak lagi bersama.
“Saya sentiasa mendoakan agar Puteri Sarah berjaya dalam kehidupan. Hubungan kami sekeluarga bersama Puteri Sarah masih seperti biasa.
“Hubungan kami tak pernah terputus dan sesama bekas besan juga tetap sama. Kami sudah bersalaman dan makan bersama tempoh hari.
“Saya pun tak larikan diri daripada besan. Malah, saya selalu telefon untuk bertanya khabar dan keluar minum. Tujuannya untuk tidak memutuskan silaturrahim. Itu yang paling mustahak.
“Kita tak mahu bila anak bercerai, kita tak ambil peduli lagi pasal bekas menantu. Saya tak boleh macam itu,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran mural filem Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada masa sama, Yusof turut memberitahu, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tidak akan menghalang andai Puteri Sarah dipertemukan jodoh dengan lelaki lain selepas ini.
“Datin pun masih sayang dengan Puteri Sarah. Datin pernah berkata kepada saya, kalau Puteri Sarah nak berkahwin, biarlah dia mencari kebahagiaan diri sendiri. Katanya, dia faham perasaan seorang wanita.
“Ini merupakan takdir yang Allah tentukan. Namun, andai satu masa nanti tuhan izinkan Puteri Sarah dan Syamsul bersatu kembali, saya bersyukur.
“Saya tidak akan menyimpan apa-apa perasaan. Kalau jodoh Puteri Sarah bersama lelaki lain, semoga dia mengecap kebahagiaan. Setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, selepas hampir empat tahu berhadapan konflik rumah tangga, Syamsul akhirnya melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu.
Konflik rumah tangga diantara Syamsul dan Puteri Sarah mendapat sorotan luar biasa apabila pengarah filem Munafik itu mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di selatan Thailand, Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ayat yang sering kedengaran bagi hamba Allah yang sibuk dengan urusan dunia, “saya sangat sibuk dan terpaksa berkejar untuk solat bagi menyambung kerja yang menimbun”.
Atau kata-kata “filem kegemaran saya sudah bermula, mungkin saya boleh solat selepas tamat menonton.”
Mizz Nina pula bertanya, mengapa tidak mahu memberi waktu kepada Maha Pencipta Masa
Ulasnya menerusi ulang siar Instagram Dopstv, walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan, sesungguhnya keutamaan hanyalah untuk Allah.
“I’m busy, I have to rush for solah and continue my piles of work.” , “My favourite movie is starting, maybe I could pray after it’s done.” , “It’s okay there’s still time for Asr, I think I can continue one more round.”
“What should be our priority? Who should we put first before any matter of this world? It is no other than the one who created time. It is He who granted you time so you can get things done, so you can do what you want. No matter how busy your life is, always always put aside some time for Allah. Make him your number one priority, and it could change your whole life. .
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...