Abby Abadi sebelum ini pernah mengetengahkan isu mengenai kes pembuangan bayi di negara ini beberapa hari lalu.
Baginya, usah memperlakukan bayi yang tidak berdosa dibuang sesuka hati oleh manusia yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang dan sikap tanggungjawab.
Terbaru, bintang yang popular menerusi drama Gerak Khas itu telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen.
“Cerita masa bangun tidur tadi. Comel sangat sangat @daiyandayana kita kan?
Penuh kasih sayang.. Macam Mama Abah hihi.. Doakan anak2 Mama terus sihat & kuat dan membesar menjadi anak5 yg soleh, solehah & berakhlak mulia & penuh adab ye.. Aminn..
Ps : Ada kes terbaru pagi ni, baby org Malaysia.. Maknya berkulit Remy Ishak, dah 32 minggu.. Seorang lagi indonesia berkulit putih gebu.. Ada yg Mahu? Yg betul2 mahu je DM ye. Ada 10 kes baru tp semua dah ada calon ibu bapa angkatnya. Syukur ALLAH permudahkan,” tulis Abby lagi.
Lalu, menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap keprihatinan Abby yang amat menitikberatkan hal sebegini.
Untuk rekod, Abby pernah mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi