Pelakon Zul Ariffin tidak menafikan dirinya sudah ada petancangan untuk menamatkan zaman bujang. Bagaimanapun, semuanya perlu dilakukan dengan teliti agar ia berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin turut menjelaskan fasa tersebut akan bersifat privasi untuk diceritakan dan dia lebih selesa untuk beritahu peminat secara terbuka apabila semuanya sudah dipersetujui.
“Ya sudah tentu ada perancangan. Masalahnya dalam masa nak ke arah itu ada beberapa peringkat yang dilalui terlebih dahulu. Jadi untuk bahagian itu saya rasa agak peribadi untuk dikongsi. Hal yang belum pasti nanti tak seronok pula kalau cakap, bimbang nanti makan diri balik.
“Jadi lebih baik untuk saya rancang sebaiknya dan barulah saya akan kongsi. Memang saya ada beritahu ia mungkin pada tahun ini atau tahun depan. Slowly kita tengok macam mana.
“Alhamdulillah sekarang pun banyak komitmen lakonan yang datang. Bukan nak tangguh, saya nak kena susun perancangan dengan betul,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana perancangannya untuk ke arah itu, bintang yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem seram, Talbis Iblis ini ada jawapan sendiri.
Katanya, perancangan itu adalah dalam konteks memastikan semuanya di dalam berjalan dengan lancar.
“Maksud saya perancangan ini bukanlah dalam soal nak tempah hotel atau pelamin, tidak. Ia hanya untuk ke arah itu, bukan untuk diri kita semata. Jadi saya nak pastikan ia betul-betullah. Setengah orang senang… Untuk saya kena buat sendirilah, DIY.
“Saya sudah tentu tak akan sorok, tapi kena pastikan betul-betul sebab bila nak kongsi pun kita akan rasa seronok. Setakat nak cakap bagi sedap saja, tak seronoklah.
“Nanti saya yang akan kena balik,” terangnya yang turut memberitahu keluarganya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja jodoh dalam hidupnya.
“Keluarga saya kecil saja, ada bapa dan kakak. Mereka okay saja. Malah umur saya pun dah berapa. Jadi kena pandai-pandai untuk buat keputusan sendiri,” akhiri Zul.
Aktor berbadan sasa ini sebelum itu pernah memberitahu dirinya rapat dengan seorang wanita ‘non muslim’ dan turut memasang impian untuk mengkhiri zaman bujang tahun ini.
Zul bagaimanapun tidak pula mendedahkan identiti wanita yang dimaksudkan.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
https://www.instagram.com/p/B7Px3cMpfqS/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI