Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Fakhrul memberitahu, perceraian berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka.
“Selepas permohonan cerai dibuat, Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat juga tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman,” katanya.
Dakwa Fakhrul, isu curang yang tular di media sosial baru-baru ini tidak pernah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.
“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.
Ads
“Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya yang berdiam diri sejak permohonan cerai dibuat, Fazura berkata, tindakannya itu adalah yang terbaik buat masa ini.
“Alhamdulillah itu lebih baik untuk saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Ads
Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke satu tarikh baharu pada 7 Oktober ini.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ads
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ben Amir meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada kelab peminatnya.
Baru sahaja melancarkan saluran YouTube sendiri, bintang drama bersiri Sweet Dreams itu turur menerima hadiah berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada para peminat setia.
“Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak. You guys memang awesome ! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it!
“No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates,” kongsinya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Malah, aktor berusia 30 tahun ini juga berjanji untuk mengemas kini saluran YouTube miliknya dengan pelbagai pengisian, termasuk soal perkembangan seninya.
“I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned !,” tulisnya lagi.
Penyanyi Kaka Azraff yang sudah pun bergelar isteri kepada usahawan, Adam Azriff beberapa hari lalu tidak menafikan, persiapan singkat yang dilakukan mereka bersempena dengan keraian resepsi pada Sabtu lalu memberi 1001 erti yang begitu bermakna.
Katanya, dia sendiri tidak sangka mampu memberikan yang terbaik buat para tetamu yang hadir, sekali gus bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Adam turut berkongsi, sehari sebelum majlis keduanya balik jam 4.00 pagi bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar pada sebelah petangnya.
“Ya, persiapan sangat singkat, sampai tak tidur. Balik jam 4.00 pagi, esoknya majlis resepsi,” katanya kepada MH.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis resepsi bertemakan tradisional di The Property W&S, Sungai Buloh, Selangor.
“Kiranya persiapan buat kami hanya dalam masa sekitar dua bulan, misalnya pergi kursus kahwin dan sebagainya. Sebenarnya nampak macam susah, tapi kami bersyukur kerana rakan-rakan juga banyak membantu,” kata pasangan ini.
Sementara itu, Kaka turut mengakui doa dari rakan-rakan sudah memadai baginya, meski ada yang tidak berpeluang meraikan momennya bergelar raja sehari secara bersama-sama.
“Saya okay saja, tidak mengapa sebab yang paling penting ialah doa mereka. Majlis juga berjalan dengan lancar, kena tepat pada masanya. Bagi saya itu yang lebih penting,” kongsinya jujur.
Terdahulu, mereka selamat diijabkabul pada 14 Disember lalu, dalam majlis pernikahan yang di lakukan secara tertutup di kediaman sebelah keluarga pihak perempuan.
Ahli perniagaan dan hos, Neelofa memberi reaksi apabila ditanya mengenai mengenai penampilan terkini dirinya yang dilihat kerap mengenakan stokin kaki dan tangan sejak akhir-akhir ini.
Memberi ruang buat orang di luar sana untuk menilai, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun mengakui apa yang dilakukan itu bukan disebabkan paksaan mana-mana pihak.
“Mengenai aurat kaki… Ada sesetengah pendapat yang berbeza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu ialah pemahaman saya. Itu yang saya pilih untuk buat.
“Kenapa saya patut buat? Kerana saya seorang yang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukanlah di atas paksaan atau pun mahu ikut orang.
“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya.
Berdoa agar proses baiknya dipermudahkan, figura berusia 31 tahun itu memberitahu dia banyak menerima respon positif daripada golongan wanita yang terinspirasi untuk melakukan hal sama.
“Sama juga ketika saya lalai atau pun ‘out of track’, ia atas kelalaian atau kekurangan dari diri-sendiri juga.
“Jadi bila saya nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah. Itu sahaja.
“Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, alhamdulillah.
“Kalau ada orang yang nak cakap sebaliknya, itu terpulang,” katanya lagi.
Terdahulu, Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaru Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Foto: Naelofar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...