Pelakon Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 48, kini kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas mengalami sesak nafas.
Lapor Harian Metro, Amyza turut mendedahkan dia turut menandatangani surat kebenaran untuk suaminya menjalani dialisis selepas doktor mengesahkan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi.
“Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.
“Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.
Ads
“Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi,” katanya pada Selasa.
Amyza juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan pulih seperti sebelumnya.
“Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh.
Ads
“Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Amyza menerusi Insta Stories turut berkongsi mengenai ujian yang sedang dilalui.
Ads
Pada Disember 2017 lalu, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung.
Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski ketika ini trending mengenai cabaran #10yearchallenge seperti yang dikongsi pengguna media sosial, berbeza pula situasinya dengan Mizz Nina yang memberitahu dia tidak mempunyai sebarang foto yang boleh dikongsi 10 tahun lalu kerana tidak bertudung.
Perkongsian penuh kesedaran itu dikongsi bekas penyanyi itu menerusi Instagram, awa hari ini.
“I don’t have pictures I can share from 10 years ago, since I was not wearing the hijab then. As I was having my online class session last night, we were having a discussion about the #10yearchallenge and how, profound it is, if we reflect on our inner state, our faith and how we have grown as individuals,” tulisnya.
Bagaimanapun, Nina ada merakam kembali memori kisah hidupnya kira-kira sedekad lalu.
“In 2009, I was 29 years old, single and super focused on my solo career. I had given up on looking for a spouse and all my energy was put into performance training.
“Little did I know I was going to meet my to be husband at the end of 2009.
“Alhamdulilah, Allah united us and we married soon after. Dua’s do come true!
My faith, at this time was slowly growing, since my brother had passed on 2 years earlier, I could feel it had a huge effect on my heart. Although I did not pray 5x a day, I did not close that door and connection to Allah.
“My advice, for those who are struggling with prayers, to just pray, even if it is 1x a day, keep going and do it for Allah, & 1 day, you will find yourself fulfilling all the obligations & even more inshaAllah.
“My life was, all about my career, dunya & my faith, even though it may not be apparent, it was there. I was not as lost as I used to be esp in my late teens & early 20’s. But, I was still on the way to the main straight road. Alhamdulilah.
“Lesson :- Do not judge other people & the state of their heart! You probably had no idea that I was struggling within to be a better person, a better muslim,” kongsi Nina.
Pasa masa sama, isteri kepada Noh Hujan ini juga mendedahkan, dia masih lagi tidak tahu untuk mengenali abjad Alif Ba Ta, 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, dia mulai giat belajar untuk menghafal ayat-ayat suci al-Quran ketika berusia 33 tahun dengan mengikuti kelas seterusnya belajar.
“Never would I have imagined, I would be in a totally different space 2day internally & externally, Allah guided me back to practicing Islam & now I’m studying a Ta’leem Al- Quran diploma course, doing da’wah & talks. SubhanAllah. Alhamdulilah for these blessings!
“Lesson :- it is never too late to learn the Quran! U need to be determined to make that change & effort for Allah.
“Aloooot has changed and I pray that Allah will continue to guide us on the straight path and up the ladder of self improvement for life in dunya & akhirah Ameen,” dedahnya panjang lebar.
Hakikatnya, nasih belum terlambat buat kita untuk belajar membaca Al-Quran dan mendekatkan diri denganNya.
Semoga dengan perkongsian dari Mizz Nina dapat kita menjaga hubungan dengan Allah, seterusnya menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, selepas 10 tahun, insyaAllah…
Tersentuh hati saat melihat sosok tubuh yang serba kekurangan ini mendalami ilmu Islam.
Lalu Yatt Hamzah menerusi Instagram berkongsi rakaman pemuda kelainan upaya cuba menghafaz Al-Quran.
Walaupun sukar berkata-kata serta tidak dapat mengawal gerakan tubuh dengan baik, individu yang dikenali sebagai Fitra tetap semangat menjadi huffaz dengan harapan dapat mendoakan ibunya ke syurga.
“Dia mungkin cacat anggota tp hati dan jiwanya sedikit pun tidak cacat. Dia menghafaz Quran walaupun dg banyak sekali kekurangannya.
“Sedangkan kita yg sempurna belum tentu ada hati dan jiwa yg CINTAKAN AL QURAN sptnya. Siapa yg lebih cacat? Dia atau kita? Allahuakbar.
“ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Berikanlah kekuatan agar kami mampu ISTIQOMAH mencintai KALAM2 MU.. Aameen.”
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...