Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi hantaran terkini di laman Instagram malam tadi.

Zarina yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, bapanya itu meningal dunia ketika di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan taraweh secara berjemaah.

Katanya lagi, arwah dilaporkan rebah ketika sedang menunaikan solat sunat.

“Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia “Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia

“Assalamualaikum, saya baru dapat khabar berita daripada Kuching, ayahanda saya, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ketika berada di masjid sewaktu ingin menunaikan solat Isyak dan tarawih.

Ads

“Dia rebah pada solat sunat Isyak. Mohon kalian doakan untuk abah saya,” katanya di Instagram.

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini juga berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat arwah bapanya itu.

“Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia “Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia “Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa sebak selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zarina.

“Takziah dik. Pemergian yang sangat indah. Di masjid, ketika solat, malam Jumaat, 27 Ramadan. Allahuakbar. Seperti gambaran arwah merupakan insan terpilih,” balas pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Ayahanda dijemput pada malam 27 Ramadan. Dalam wudhu nak solat dalam masjid. Moga Allag tempatkan arwah bersama para nabi dan solohin,” kata penyanyi, Salima Habibi.

Ads

“Takziah akak dan keluarga. Sabar ya,” kata penyanyi dan pengacara, Nadia Hasnan.

“Be strong dear,” balas penyanyi Noryn Aziz.

“Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia “Malam Jumaat 27 Ramadan, Arwah Insan Terpilih…,” – Rebah Ketika Solat Sunat, Bapa Sharifah Zarina Meninggal DuniaApapun, kami di MH mendoakan semoga arwah bapa Zarina ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga Zarina sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan berat ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Video: Instagram Sharifah Zarina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI