
Pelakon Nina Iskandar dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan apabila difahamkan, kenderaannya telah dilanggar dua kereta, awal pagi semalam.
Menerusi kemas kini di Instagram Stories miliknya itu, pelakon berkenaan ada berkongsi beberapa foto keadaan diri dan kenderaan yang dinaiki selepas dilanggar.
Insta stories antara lain turut memaparkan foto selfie dirinya dengan keadaan bibir bengkak dan koyak.
“Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya,” tulis Nina.
Foto: Instagram Nina Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew

Baru-baru ini, kisah penghijarah usahawan dan bintang media sosial, Sasha Abdul Aziz untuk tampil berhijab sepenuhnya nyata mendapat perhatian ramai pihak.
Menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Sasha memaklumkan dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menjelaskan mengenai kisah penghijrahannya itu namun, dia percaya semua orang berhak mendapat hidayah daripada Allah SWT.
“Ramai bertanya dan curious macam mana Sha boleh terdetik nak berubah dan terus drastik berubah? Maaf Sha takde jawapan untuk soalan ni.
“Yang Sha tahu Allah sayang kita semua
Hidayah milik Allah. Keep on making doa everyone dont give up tau,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sesekali berhenti berdoa agar kita sentiasa dibukakan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Sha doakan korang semua dimewahkan rezeki yang tidak pernah putus dan mendapat keberkatan Allah,” jelasnya lagi.
Menerusi entri berasingan, Sasha turut menzahirkan rasa teruja apabila proses penghijarannya itu turut mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Ebit dilihat ada menitipkan ucapan tahniah buat Sasha diatas keputusannya untuk berhijrah itu.
“Masyallah idola sha dm @ebitlew . Salam subuh buat followers Sha yang Sha kasihi.
okay jom subuh guys
“Sekadar berpesan untuk terus istiqomah 1.Solat pada waktu yg ditetapkan. 2.Baca quran setiap kali lepas solat. Insyaallah Allah jaga kita,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Sasha terus istiqomah dalam penghijrahannya itu.
“MasyaAllah you were beautiful before and even more now b.
“MasyaAllah cantiknya Sha.
“Semoga istiqomah Sha. Nampak ayu sangat macam ni.
“MasyaAllah tabarakallah cantiknya. Baiknya Allah pada kita,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, kisah penghijrahan Sasha mula menjadi sebutan apabila dia sering kali kelihatan memuat naik gambarnya yang mengenakan hijab sejak beberapa minggu yang lalu.
Sumber: Instagram Sasha Abdul Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Benar-Benar Hasil Tangan,” – 3 Jam Solek & Lukis Badan, Aktres Indonesia Anya Geraldine Jadi Mystique Sempena Halloween

Bersempena sambutan perayaan Halloween baru-baru ini, aktres sensasi Indonesia, Anya Geraldine mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan kostum daripada salah satu watak di dalam francais filem X-Men, Mystique.
Proses penghasilan kostum tersebut turut dikongsikan oleh Anya menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut pelakon drama Layangan Putus ini, kostum tersebut bukannya bodysuit sebaliknya badannya itu telah dicat bagi menampakkan hasil yang lebih nyata.
“Untuk yang bertanyakan mengenai proses kostum ini, ia mengambil masa selama tiga jam untuk melukis dan solek.
“Yang bertanya adakah ini bodysuit atau body paint, ia body paint sayang tapi sudah tentu saya tutup bahagian sulit dengan pelekat dan ini benar-benar hasil tangan kerana ditampal satu per satu,” tulisnya.
Katanya lagi, pada awalnya dia agak risau dengan hasil akhir kostum tersebut namun, setelah selesai didandan, dia ternyata amat berpuas hati.
Pada masa sama, Anya turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah bertungkus lumus mempersiapkan dirinya didalam imej tersebut.
“Saya seronok sangat dengan hasilnya. Rasa berbaloi. Mula-mula risau juga kalau proses costum ini gagal tapi ternyata hasilnya terbaik.
“Ini semua berkat team aku yang berkerja sangat keras. Terima kasih team dan saya amat menghargai kalian,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut memuji kesungguhan Anya untuk mengenakan kostum tersebut.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 5.2 juta jumlah tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, selain Layangan Putus, Anya turut membintangi drama-drama seperti Pretty Little Liars dan The Sexy Doctor Is Mine.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Syukur Pada Allah, Kes Saman Hakim Putuskan Kemenangan Kepadaku,” – Balu Arwah Abam, Nor Hidayah

Balu kepada Allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meminta doa yang baik-baik buatnya dan anak sejurus prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hidayah pada masa sama turut meluahkan rasa leganya.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” kata wanita berusia 33 tahun ini ketika diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
Memetik Gempak, peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.
“Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.
“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya mendakwa Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Hidayah menerusi Instagram arwah suami turut berkongsikan perasaan berhubung hal berkaitan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, kes saman hakim putuskan kemenangan kepadaku. Syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku hamzah, adik-beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI