“Malas Nak Cakap Apa-Apa Sebab Saya Rakyat Tak Bijak Ni Cakap Apa Pun Tak Laku,” – Datin Shahida Doa Covid-19 Segera Terhapus!

Share

Seperti sedia maklum, kes positif Covid-19 di negeri Selangor khasnya telah menunjukkan peningkatan, sekali gus menimbulkan kegusaran serta kebimbangan ramai.

Bagaimanapun, pihak kerajaan masih belum untuk memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di Selangor setakat ini.

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, iaitu Datin Shahida misalnya ada memberikan pendapat berhubung perkara tersebut.

Menurut Shahida, dia menasihati agar orang ramai untuk membiasakan diri dengan menjalani kehidupan dalam norma baharu selain terus memanjatkan doa.

“Malas nak cakap apa2….sbb saya rakyat yg tak bijak ni cakap apapun tak laku……Hanya mampu doa covid terhapus…..ataupun kita kena biasakan je diri dgn keadaan sekarang sampai bila2.

“Sesungguhnya kita dah berada di akhir zaman….mcm2 berlaku….jadi inilah antara tanda2 kiamat cuma kita sedar ataupun tidak sahaja,” tulisnya bersama pautan bergambar yang merujuk kepada perkara berkaitan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen serta pendapat mengenai isu semasa Covid-19 di Malaysia.

Foto: Instagram Datin Shahida

Published by
Nazar Rafiqhi