Penyanyi, Azan Scan berpandangan pihak Gegar Vaganza (GV) seharusnya memberikan lebih banyak peluang kepada artis yang sudah sekian lama menyepi bagi menyertai program tersebut demi menaikkan nama mereka semula.

Menurut Azan, atau nama sebenarnya Noor Hazan Rashid, 50, penglibatan artis yang masih lagi aktif di dalam program popular tanah air itu disifatkan sebagai tidak adil.

“Malas Nak Cerita Panjang, Tetap Tak Setuju,” – Susulan Artis Popular Masuk GV, Azan Scan Lontar Pandangan

“Bagi saya, GV merupakan satu platform untuk mengangkat kembali artis-artis yang sudah menyepi.

“Bukan maksudnya mereka tidak membuat lagi persembahan, tetapi mungkin kurang mendapat perhatian stesen televisyen mahupun radio. Maklum sahaja dah berumur,” katanya kepada MH.

Jelasnya lagi, pendapat tersebut merupakan pandangan peribadinya dan dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju atau mengecam kerana kata-katanya itu.

“Malas Nak Cerita Panjang, Tetap Tak Setuju,” – Susulan Artis Popular Masuk GV, Azan Scan Lontar Pandangan

IKLAN

Malah, dia juga percaya ada segelintir pihak di luar sana yang turut bersependapat dengannya.

“Baru-baru ini saya ada ke Singapura atas urusan kerja, peminat di sana juga turut bertanya program ini GV atau Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sebenarnya saya malas nak bercerita panjang tentang hal ini, apa-apa pun saya tetap tidak bersetuju dan kalau orang diluar sana nak cakap apa, cakaplah,” ujarnya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Terpaksa Aku Dipaksa ini berkata sedemikian ketika ditemui di Fiesta Market Celebrity baru-baru ini.

“Malas Nak Cerita Panjang, Tetap Tak Setuju,” – Susulan Artis Popular Masuk GV, Azan Scan Lontar Pandangan

IKLAN

Dalam pada itu, Azan akui teruja apabila diberi peluang menyertai festival yang turut memberikan pengiktirafan kepada penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Kata Azan, dia sebenarnya sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.

“Kami sudah lama berniaga dan mencuba pelbagai perniagaan terutamanya makanan.

“Saya banyak ikut jemputan ekspo untuk membuka booth. Sebelum ini saya pernah berniaga mi kari, roti john dan terbaharu saya mengeluarkan produk makanan kapit roll dan cookies,” jelasnya.

IKLAN

Sementara itu, Azan juga sedang merancang untuk menjenamakan produknya atas nama sendiri dan berharap bakal mendapat sambutan ramai.

“Produk-produk yang dijual ini insyaAllah akan dilabelkan dengan nama saya. Doakan agar perniagaan saya bertambah maju,” kata Azan.

Untuk rekod, Azan merupakan pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim ke-8 yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Penyanyi ini turut bersaing dengan Alif Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Nor dan Aweera di pentas akhir GV8.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Azan Scan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI