Tidak dinafikan setiap kali menjelang Ramadan, pastinya sedutan salah satu episod sitkom Jangan Ketawa yang bersiaran sekitar 90-an lalu iaitu ‘Pil Puasa’ akan kembali viral dan dikongsi pengguna media sosial.
Semuanya gara-gara ‘pil ajaib’ yang dikatakan mampu untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga sepanjang menjalani ibadah puasa berjaya mencuit hati ramai.
Mengimbas kembali memori saat melakonkan babak lucu itu, Dee Jangan Ketawa atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, topik tersebut dilakonkannya lebih 28 tahun lalu selepas mendapat idea dari rakan pelakon, Moon.
“Kalau tiba sahaja puasa, sedutan video tu akan mulai viral dan views pun kian meningkat. Terpranjat juga Abang Dee. Jadi tahun ini nak tengok lagi setakat mana episod tu boleh pergi.
“Seingat saya, kami shoot ‘Pil Puasa’ tu sekitar tahun 1991. Ideanya ialah begini pada waktu itu bulan puasa dan arwah Moon (rakan pelakon) dia ada cakap penatnya nak berlakon dengan puasa lagi.
“Kalaulah ada sejenis pil yang kita letak dalam air dan minum terus kenyang sampai malam. Kemudian pengarah kata itu idea yang bagus dan kita boleh shooting kisah tersebut dijadikan salah satu episod. Lalu pihak produksi terus sediakan jalan cerita dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Dee temui media pada majlis memperkenalkan duta jenama SecretModes by Asfarena iaitu penyanyi senior, Salamiah Hassan di Shah Alam, minggu lalu.
“Jadi begitulah ceritanya. Kami gunakan ‘Eno’, letak dalam gelas berisi air dan jadilah sepertinya yang kalian tonton sampai sekarang.
“Idea tersebut dilakukan secara spontan memandangkan kebanyakan idea dalam segmen Jangan Ketawa dulu pun tanpa skrip.
“Kami berbincang dan lontar idea nak buat apa. Kadang-kadang satu topik yang kita bincang tu akan jadi dua tiga episod lain,” akhiri Dee yang turut merakamkan rasa syukur kerana rezeki tidak putus dalam menerima pelbagai tawaran pengacaraan.
Lalu, kesempatan yang diberi Janna membolehkan para peminat memberikan pandangan, termasuk selebriti.
Bagaimanapun, ada juga di antara mereka yang kurang setuju dengan penampilan Janna pada malam itu kerana mendedahkan bahagian betisnya.
Apapun, ia hanyalah pandangan masing-masing kan? Yang penting memang kebanyakan selebriti mengenakan persalinan yang wow pada malam AME2019 tempoh hari. Sesuai dengan tema Glam.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.
“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.
“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.
Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.
Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...