Pelakon jelita, Fasha Sandha kini semakin rajin berkongsi momen memasak di dapur setelah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.
Sinonim dengan tanda palang #taksempurnabyfashasandha, bintang ini tak jemu berkongsi cerita perihal memasak bersama peminat.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kadang-kadang dirinya tiada ‘mood’ untuk masuk dapur, memasak.
Namun, sebagai seorang isteri Fasha tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya.
“Hampa masak apa? kami masak ni.
Encik Suami kata dia suka kami masak, kami malas sebenaqnya nak masak,
“tapi demi suami dan anak2, ku gagahkan diri
#taksempurnabyfashasandha,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Fasha dalam menguruskan hal rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.
Kini, Fasha sedang hamil anak ketiga bagaimanapun aktres jelita ini tidak memaklumkan usia kehamilan kepada umum.
Video: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aliff Tu Mungkin Kaki Perempuan, Tapi…,” – Adzrin Adzhar Minta Netizen Jaga Aib
Kes perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan golongan selebriti. Ada yang meraikan perpisahan yang berlaku, namun tidak kurang juga bersimpati atas dugaan yang menimpa pasangan ini.
Adzrin Adzhar menerusi rakaman video menyifatkan golongan netizen yang menyebarkan aib pelakon dari Singapura itu umpama menghancurkan harapan anaknya, Mohamad Ayden Adrean bin Muhammad Aliff.
Ulasnya, segala perkongsian di laman sosial akan dibaca kelak apabila Ayden membesar dan merosakkan memori seorang ayah.
“Hai Assalamualaikum
“Korang tau tak sebenarnya Aliff Aziz tu tak ada masalah tau. Yang ada masalah ni ialah kita. Kita yang share yang ada kat wall kita. Daripada orang tak tahu. Yang kita share ni,
“Walaupun follower kita ni tak ramai, dah beranak jadi 10 orang tau 15 orang tau. Kau tahu tak apa masalah dia? Masalah dia, esok, selagi benda tu ada kat wall korang semua
“Anak dia dah besar, dia jumpa benda tu, dia tau perangai bapa dia semua.
“Kau tak tak apa memori yang korang dah buat memberi kesan kepada anak dia?
“Kau pernah fikir tak? Cuba fikir anak orang sikit.”
“Aliff tu mungkin kaki perempuan, tapi mungkin jugak dia bapak yang baik. Susah sgt ke orang kita ni nak buat and cakap benda baik2? Korang pun ada anak kecik2 lagi.. aib orang kemain suka lagi,” tulisnya.
Bersetuju dengan hujah yang disampaikan, ulas netizen ada baiknya kita menjaga kain masing-masing supaya tidak terselak.
Di bulan yang mulia ini, semoga kita menjaga segala pertuturan dan adab sesama manusia.
Foto : Instagram Adzrin Adzhar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bercinta Jarak Jauh, Baru Kenal 8 Bulan”- Johan As’ari Perjelas Gerangan Wanita Kacukan Di Sisi, Serah Pada Allah Soal Jodoh
Pelakon Johan As’ari ada memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Letty bersempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
Johan ketika ditemui di set pengambaran Penjejak Ifrit di Shah Alam, pelakon itu menjelaskan wanita berkenaan ialah teman istimewanya.
Bagaimanapun, Johan mengakui perhubungan masih terlalu awal untuk dikongsi secara terperinci.
“Kami dah kenal 8 bulan cuma cinta jarak jauh sahaja sebab dia kini berada di Amsterdam. Kami jumpa pun jarang sekali,” kata Johan kepada MH.
Ditanya siapakah gerangan wanita cantik terbabit, Johan memberitahu dia merupakan seorang gadis kacukan yang baru sahaja selesai melakukan pengajian PHD.
“Ayahnya berasal dari Amseterdem, manakala ibunya pula dari Utara. Dia banyak habiskan masa dia dengan belajar sehingga dapat PhD dalam jurusan Political di London.
“Dia juga kerap ke belajar di Australia, London sehingga ke tahap itu (PhD),” jelas Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari.
Berkongsi soal sejauh mana tahap seriusnya bersama wanita tersebut selepas beberapa kali menjadi hubungan cinta yang tiada kesudahan, Johan punyai jawapan sendiri.
“Saya menghormati dia sebab masing-masing selesa. Saya cuma serah pada Allah tentang jodoh dan setakat ini, dia merupakan wanita yang selesa dan yang rapat dengan saya,” tambah Johan lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang aktif dalam pengambaran drama bersiri 13 episod seram bejudul Penjejak Ifrit yang akan ditayangkan di Astro.
Pada masa sama, aktor tersebut sedang menantikan tayangan filem baru, Tiada Tajuk arahan Asmawi Ani dan Mat Kilau arahan Syamsul Yusof.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergi Pada Malam 27 Ramadan,” – Ibu Nurul Syuhada Nurul Ain Meninggal Dunia
Personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain memaklumkan ibunya, Permai Hasan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa jam 4 pagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Nurul Syuhada menerusi laman Instagram pagi tadi.
Menurut Nurul Syuhada, dia sendiri tidak menyangka akan pemergian tersebut kerana hari sebelumnya ibunya itu dikatakan berada dalam keadaan yang baik.
“Dukacita dimaklumkan ibu saya Allahyarhamah Permai binti Hasan telah pulang ke Rahamatullah pada malam 27 Ramadan (sekitar jam 4 pagi) di rumah saya Taman TAR Ampang.
“Saya menggunakan ruang ini untuk memaklumkan kepada sebahagian keluarga dan sahabat handai yang mengenali Allahyarhamah ibu saya yang masih belum menerima berita duka ini.
“It’s very surreal to us because she was still okay the day before despite being a very high spirit dialysis patient for the past 7 years and only last few days complained about her gastric and stomach upset,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas pengacara progam Malaysia Hari Ini itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menziarah dan membantu menyempurnakan majlis pengebumian ibunya semalam.
“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, jiran dan sahabat yang hadir untuk solat jenazah dan membantu kelancaran pengembumian Allaryahmah.
“It’s all happened so fast and smooth yesterday from the moment after her passing in the morning until her burial right after Zuhur with the tremendous help from qariah Masjid Darul Ehsan. Allahuakbar,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Nurul Syuhada turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Lastly, saya memohon doa dari kalian semua untuk mendoakan ibu saya di bulan Ramadan yang berbaki ini agar Allah SWT menurunkan Rahmat, ampunan dan syafaat kepada ibu saya dan ditempatkan bersama para soliheen, sidiqqin dan syuhada,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nurul Syuhada serta keluarga bagi menempuhi detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI