Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu akui terkilan dengan layanan segelintir masyarakat Jepun terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.

Menurut Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, dia tidak menyangka kesedaran terhadap autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) di Jepun sangat rendah meskipun digelar negara maju.

“Malaysia Jauh Lebih Baik,”- Hunny Madu Kena Sergah Sebab Anak Autisme, Kecewa Dengan Layanan Buruk Orang Jepun

“Saya baru balik bercuti daripada Jepun dan penerimaan mereka terhadap anak autism ini sangat rendah. Saya sangat kecewa kerana saya melihat Jepun sebagai sebuah negara yang maju.

“Bila saya beritahu kepada pengurus atau pelayan restoran bahawa anak saya autistik, mereka minta anak saya diam dan jaga perangai.

“Bila anak saya buat hal, mereka akan sergah,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Gucci Dowh itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu, Borak SeeNI yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

“Malaysia Jauh Lebih Baik,”- Hunny Madu Kena Sergah Sebab Anak Autisme, Kecewa Dengan Layanan Buruk Orang Jepun

Ads

Katanya lagi, hal yang sama turut berlaku sewaktu dia sekeluarga melawat dua taman tema popular di Jepun.

“Saya agak stres bila pergi ke dua taman tema popular mereka. Negara yang lebih maju masih tidak terbuka tentang anak autism. Saya agak sedih.

“Mereka mahu kita jaga perangai dan ikut tingkah laku mereka di sana. Baru kita diterima.

“Andai kata jika ada kanak-kanak normal yang suka menjerit, mereka akan marahkan ibu bapa dan kata kita tak tahu nak kawal anak,” ujarnya lagi.

Tambah Hani lagi, dia merasakan penerimaan rakyat Malaysia terhadap anak autism jauh lebih baik berbanding negara matahari terbit itu.

Ads

“Malaysia Jauh Lebih Baik,”- Hunny Madu Kena Sergah Sebab Anak Autisme, Kecewa Dengan Layanan Buruk Orang Jepun

“Dua minggu berada di sana, saya sudah rindukan Malaysia. Penerimaan mereka tidak sama seperti mana di kita.

“Orang kita lagi memahami. Bila saya pergi ke mana-mana restoran, mereka tak kisah pun mengenai keadaan anak saya.

“Jika anak saya tantrum, pekerja restoran akan turut bantu tenangkan,” kongsinya lagi.

Bercakap tentang keadaan Adam, Hani memberitahu anak lelakinya itu kini bersekolah di sebuah pusat pembelajaran khusus buat kanak-kanak autistik.

Ads

Malah kesihatannya selepas menjalani pembedahan fontan akibat masalah jantung dua tahun lalu juga semakin menunjukkan perubahan positif.

“Saya lebih banyak bercakap dengannya untuk memahami personalitinya terutamanya ketika dia dalam keadaan tantrum.

“Saya juga banyak bersembang dengan ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak autism. Jadi daripada situ saya dapat belajar tentang anak istimewa ini,” katanya.

Terdahulu, Hunny telah pun diperkenalkan sebagai salah seorang hos bagi program buat bicara terbaharu, Borak SeeNI.

Selain Hunny, Borak Seeni turut menampilkan barisan pengacara seperti Erra Fazira, Nana Mahazan, Dahlia Syazwan, Faizal Ismail, Haziq Hussni dan Keanu Azman.

Program ini bersiaran pada setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi di saluran Astro Prima dan Youtube SeeNI.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI