
Baru-baru ini, pelakon Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi ada memberi nasihat bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video yang dikongsi oleh Fauzi, dia menyuarakan rasa kepada pengguna media sosial untuk membeli barangan keluaran bumiputra sebagai tanda sokongan terhadap produk buatan tempatan.
“Bermula dari sekarang kita berikan 100 Peratus sokongan kepada barangan bumiputra , UNTUK MENGUKUHKAN EKONOMI BERSAMA.
“MALAYSIA MEMERLUKAN SOKONGAN KITA #sayangbangsaku #bumiputera #fauzinawawi,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata nasihat yang ingin disampaikan bintang filem Munafik 2 itu.
Ada betulnya apa yang disampaikan oleh Fauzi. Siapa lagi yang harus memberikan sokongan kepada produk buatan tempatan kalau bukan diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Foto : Instagram Fauzi Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Discan, Ada Uri Di Bahagian Atas Rahim,” – Dr.Say Shazril Sambung Kisah ‘Bleeding’ Isteri Hamil, Menangis Bila Dengar ‘Pra-Matang’

Selepas berkongsi mengenai pendarahan yang dialami isteri meski baru hamil 27 minggu dua hari lalu, doktor viral, Say Shazril ada berkongsi bahagian kedua mengenai topik ‘Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah’ di Instagram.
Menerusi entri terkininya itu, Say memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abas dikenal pasti mengalami pendarahan pada bahagian pangkal rahim selepas proses spekulum dijalankan.
Malah apabila diperiksa, turut dikesan uri di bahagian atas rahim isterinya.
“Setibanya kami di PAC, spekulum dilakukan kpd bini & didapati ade pendarahan pd pangkal rahim (cervical erosion/ectropion) & bile di scan, uri ade di bahagian atas rahim.
“Kami menarik nafas lega sb condition ni xbrapa serius & paling lega sb bini x kena admit ward. Kami dibenarkan pulang tanpa diberi apa2 suntikan atau ubat-ubatan. Maka dgn suka hatinya kami berangkat bercuti ke New Zealand dgn hati yg girang gembira,” tulisnya sebagai sambungan situasi yang berlaku pada posting terdahulu.
Pada masa sama, Say turut merakam kisah yang berlaku saat dia bersama keluarga bercuti selama 10 hari di New Zealand.
“10 hari di NZ, almost selang sehari bini bleeding. Tp seperti biasa kami berfikiran positif, “alah biasela tu hun, kite jalan banyak arini, sb tu bleeding bnyk skit”.
“Kami rahsiakan drpd parents sy yg turut ikut ke NZ sb xnk kne admit kt sane & merosakkan percutian kami. Setibanya di Msia, bleeding masih banyak, bini kembali risau, sy kembali tertanya2 “takkan cervical erosion buat bleeding non stop sampai lama cmni?”
“Kami pergi balik PAC, kali ni bila di spekulum xnmpk dh cervical erosion & bile di scan, baby masih actively gerak like nothing happened pdhl mami & dedi dia kt luaq risau gegila. Doktor decide tuk admit for observation sebagai indeterminate antepartum hemorrhage (tidak dapat ditentukan punca pendarahan),” kongsi Say.
Lalu, Azura diberijan dua suntikan bagi tujuan mematangkan paru-paru bayi andai dilahirkan secara pra-matang.
“Bini diberikan 2 suntikan im dexa bagi mematangkan paru2 baby sekiranya baby keluar pra matang. Dengar perkataan “pra matang” tu berlinang lagi air mata bini, kali ni air mata suami turut berlinang peeps.
“Dari mana datang bleeding ni, awat xbenti2? Part 3 sy conclude kan k peeps?,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Foto: Instagram Dr.Say Shazril
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Sekarang Saya Tak Boleh…,” – Masih Belum Ada Rezeki Zuriat, Beby Tora Tora Minta Netizen Kongsi

Bintang Insta, Beby Tora Tora ada berkongsi satu rakaman video yang telah menyentuh hati netizen di laman maya Instagram.
Menerusi rakaman video tersebut, Beby ada bercerita mengenai rumah tangganya yang masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.
Dalam pada itu, Beby atau nama penuhnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli turut memohon netizen agar berkongsi tips bagi mendapatkan zuriat.
“Mana tau kakak2 mau brkongsi tips untuk adik2 yang masih menanti zuriat di ruangan komen trima kasih dm dn smngat yg diberi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
https://www.instagram.com/p/CGtwTO_hDLy/?igshid=u0lalwaieq9j
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk sentiasa bersabar dan berdoa selain ada yang berkongsikan pengalaman.
Sekadar informasi, Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada 11 Mac 2019.
Foto: Instagram Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejujurnya, Saya Cukup Takut Dengan Puji-Pujian kerana…” – Lisa Surihani

Isi Kandungan
ToggleSedar tak sedar kini sudah hampir lima tahun, pelakon yang namanya melojak naik ketika membintangi filem ‘Istanbul Aku Datang’, Lisa Surihani istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna.
Malah, penampilan Lisa yang semakin longgar dan sejuk mata memandang, sejak berhijrah dan semakin ghairah melibatkan diri, menimba ilmu dalam kelas-kelas keagamaan menjadi contoh yang baik hinga meraih pujian para peminat.
Bagaimanapun ketika ditemui MH dalam satu majlis di Ibu Kota, Lisa akui dia agak sukar untuk menerima situasi dimana orang ramai memuji penghijrahannya. Ini kerana, dia merasa msih belum layak untuk menjadi contoh kepada orang ramai, kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Menurut Lisa, sejak mulai mengenakan hijab, dia menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Isteri kepada pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Tidak Lagi Terima Tawaran Lakonan, Lisa Fokus Bidang Pengacaraan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab. Namun, dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI