Susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan media tempatan, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menerusi laman Instagram memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Tulis pengarah itu, Malaysia kini sudah tiada Perdana Menteri dan kerajaan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari, hari ini.
Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Foto : Instagram Afdlin Shauki & Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Dedah Anak Pertama Ada Tanya; “Shaikul Beritahu Atuk, ‘Abang Dah Tahu Dah’
Pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, mengetahui mengenai kemelut rumah tangga ibu bersama bapa mereka, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, anak sulungnya itu bertanya kepada atuk mereka, Datuk Yusof Haslam sejurus mengetahuinya melalui internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Shaikul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah. Lalu Datuk dan Datin beritahu Shaikul, walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Shaikul dan Summayah.
“Kami sekeluarga ada, jangan risau dan tak usah ambil peduli apa itu semua.
“Shaikul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.
“Malah saya rasa dia ada dengar cerita menerusi YouTube dan mungkin bertanya. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik,” katanya.
Ditanya apa perasaannya selepas bertemu suaminya pertama kali selepas setahun di dalam kamar mahkamah, Puteri Sarah menjelaskan perasaan itu sudah tidak wujud.
“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Bertudung Tawar Diri Jadi Bini Kedua, Nak Bagi Zuriat, Izzue Islam; “Minta Tolong Sangat Jaga Hati Isteri Saya.”
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam baru-baru ini melahirkan rasa ‘bengang’ dengan tindakan seorang wanita yang dikatakan keterlaluan apabila tergamak bergurau melibatkan isu sensitif mengenai mereka.
Menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata dia dan isteri, Awin Nurin, 40, pernah dihampiri seorang wanita bertudung yang secara tiba-tiba berkata ingin berkahwin dan memberikan zuriat kepadanya.
“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.
“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okay nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau.. rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.
“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu,” luah Izzue.
@melodiberapi Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi
Menurut Izzue, dia tidak menyangka ada individu yang ‘tergamak’ berkata sedemikian di hadapan mereka berdua malah penyanyi kumpulan Forteen ini turut meninggalkan ‘pesanan’ buat wanita tersebut.
“Tidak dinafikan memang beri kesan (kata-kata wanita berkenaan) kepada kami tetapi tidaklah sampai huru-hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu?
“Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.
“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam tu, tak elok! Awak perempuan, bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang,” katanya lagi.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin pada 2 Jun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nampak Matang & Elegant,” – Potong Rambut Demi Jiwai Watak, Ini Penampilan Terkini Intan Najuwa!
Terbaru, pelakon Intan Najuwa ada memuat foto terkini dirinya bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Mengejutkan, apabila pelakon berusia 22 tahun itu telah memotong rambutnya yang ikal mayang dari paras pinggang hingga ke paras bahu.
Intan memaklumkan, dia memotong rambutnya kerana untuk menjiwai watak yang bakal dilakonkan.
“New look for new character Thank you @nurulhairstation, love my new haircut,” tulisnya.
View this post on InstagramNew look for new character 🌹 Thank you @nurulhairstation , love my new haircut!
A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Melihat di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata peminat memuji kecantikan penampilan bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu.
Untuk rekod, Intan telah dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru dan memulakan karier lakonan seawal usia 18 tahun.
View this post on InstagramJarang senyum nampak gigi, harini nak belanja gigi 😝
A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Dalam perkembangan lain, bintang kecil molek ini akan muncul menerusi drama bersiri, Tuan Danial di samping Idris Khan di slot Lestary TV3.
Foto : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI