“Malu! Ada ‘TikToker’ yang ajak buat TikTok pun, saya tak nak. Bab-bab tu saya tak reti. Saya aktif di Instagram sahaja.”
Demikian kata usahawanita, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi yang mengakui setakat ini dia belum terfikir untuk melakukan ‘konten’ yang pelik-pelik di media sosial demi mempromosikan produk.
Marlinda, 34, berkata, dia lebih rela memperkenalkan produk kosmetik jenama yang diusahakan, Glassskin by Lyndarafikah dengan cara yang betul tanpa mempunyai elemen negatif yang akhirnya boleh makan diri.
Dia pada masa belum terfkir untuk mencari mana-mana selebriti sebagai wajah wakilan dan kini selesa menggunakan khidmat pempengaruh bagi memperkenalkan jenama ini kepada pembeli.
“Bagi saya setiap ‘founder’ ada cara tersendiri. Macam saya, tak perlu kot. Setengahnya mungkin suka buat perkara yang ‘fun’ atau gila-gila. Untuk saya, saya percaya dengan keberkesanan produk Glassskin. Kalau produk yang kita hasilkan itu bagus, ia akan ‘bercakap’ dengan sendiri.
“Suami saya seorang yang menyokong. Sudah tentulah terlebih dulu kita sama-sama berbincang apa yang terbaik. Kami pun ada anak empat orang. Kita tak adalah nak buat marketing pelik-pelik, tidak…,” katanya kepada MH.
Ads
Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, Marlinda kini fokus terhadap buah tangan terbaharunya ini.
Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu diuji sendiri olehnya sebelum menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
“Salah satu faktorsaya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu.Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.
Ads
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya lagi.
Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
Ads
“Suami saya jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksportke luar negara.
“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.
Glassskin dijual dengan harga RM299 dan menariknya, sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
Marlinda ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos popular ini turut mendedahkan betapa hebatnya amalan sedekah secara rahsia dalam meraikan penduduk kurang bernasib baik di sana sepanjang tahun.
“Di kawasan bandar Urfa ni, ada restoran yang tiap-tiap petang masak untuk 1000 orang! Untuk diagihkan kepada fakir miskin. Tapi tak tahu siapa yang sedekahkan. Semuanya secara rahsia.
“Khabarnya melalui akaun tertentu. Yang datang ambil makanan ni memang jelas nampak kesusahan mereka. Cuma ada yang datang selindung-selindung dan menutup muka. Bukan hari tertentu je. Sepanjang tahun! Tiap-tiap hari.
“Fakir miskin takkan kelaparan. Ada dapur yang masak untuk mereka. Hebat bukan? Kuasa sedekah,” kongsinya lagi.
Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhahbaharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand.
Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos lalu.
Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.
Hawa dibintangi oleh Nadiya Nisaa yang memegang watak sebagai Hajah Saadah atau Along, Ruzana Ibrahim (Fauziah/Angah), Bella Dowanna (Raudah/Acu), Hamidah Wahab (Hajah Imaan), Donna Muslim (Musa), Akmal Abdullah (Azizah), Shah Faris (Naim) dan Yusri Saleh (Haji Ali).
Manakala drama ‘Malaysian Ghost Stories’ terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. yang mengetengahkan genre seram pula bakal menggantikan drama sekuel ‘Saga 2.0’ pada jam 11.00 malam bermula 25 Ogos lalu.
Idea asal drama ini diilhamkan oleh Syawal Azrai serta turutmendapat sentuhan tiga pengarah berbeza yang terdiri daripada Izuan Mokhtar, Azhari Zain dan Eoon Shuhaini.
Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir membawakan 18 buah cerita hantu yang berlainan setiap episod.
Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi dan Ellie Suriaty.
Turut sama tampil ialah pelakon Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz positif dengan menyeru para pengikutnya di media sosial untuk cuba berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...