“Malu Pada Anak-Anak Terkinja-Kinja…,”- Nana Mahazan Dikecam Netizen, Motif?

Share

Terbaru, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, pengacara yang berasal dari Muar, Johor itu telah berkongsi tips keyakinan diri dan nasihat kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut.

“Hahahaa.. ampunkan kakak menjawab soalan korang tadi kalau tak menjawab.”

“Tag kawan2 korang yg soalan ni ade kena mengena ngan diaorg.. org yg insecure, org yg kuat jeles ke, org yg bosan, or saje nak tag.. sukalah..”tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian Nana Mahazan atau nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan telah menerima kecaman daripada salah seorang pengguna media sosial.

Lalu, pengacara yang berusia 35 tahun itu membalas komen tersebut.

Tidak salah untuk menegur orang demi kebaikan tapi biarlah kena tempatnya dan berhemah. Tak gitu?

Video : Instagram Nana Mahazan

Published by
Nazar Rafiqhi