“Malu Sangat Aihh. Simpan Yang Dalam Kain Tu,” – Nourul Depp Selar Individu Biadap

Share

Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pemandu yang bersikap biadap di atas jalan raya.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka ini turut berkongsi kisah yang pernah dialaminya ketika memandu.

Jelasnya, ada pemandu yang gemar menunjukkan simbol lucah untuk memarahi pemandu kenderaan lain.

“Adab tu bukan dalam percakpan saja Adab di mana mana. Bawak qeta pun!

“Kami heran orang suka dok bagi simbol depa punya atas jaln raya nak tunjuk marah, especially lelaki. Kalau pompuan ada jugak buat.

“Malu sangat aihhhh. Simpan yang dalam kain tu. Manusia semua tau aih hangpa ada benda alah tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pelbagai reaksi dan pengalaman menerusi ruangan komen entri berkenaan.

Video: Instagram Nourul Depp

Published by
Nazar Rafiqhi