Percutian pelakon cantik, Puteri Aishah ke Bali, Indonesia yang turut disertai ibunya mendapat perhatian netizen.

Dipuji kerana tidak pernah lupa asal usul dan sering memanjakan si ibu, finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid ini dilihat ada berkongsi foto terkininya di samping ibu tersayang.

View this post on Instagram

rasa mcm dlm filem hindustan dgn mama 🤪

A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

IKLAN

“Rasa macam dalam filem Hindustan dengan Mama,” tulisnya ringkas sambil berkongsi kepingan foto mesra mereka berdua.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pujian. Malah  ada juga yang menyatakan rasa syukur dan gembira mereka apabila ibu bintang muda itu dilihat kian berisi dan sihat.

IKLAN

“Mama Awak Nampak Makin Sihat,” – Pernah Dedah Ibu Hidap Kanser, Momen Mesra Puteri Aishah Dengan Mama Sentuh Hati Netizen “Mama Awak Nampak Makin Sihat,” – Pernah Dedah Ibu Hidap Kanser, Momen Mesra Puteri Aishah Dengan Mama Sentuh Hati Netizen “Mama Awak Nampak Makin Sihat,” – Pernah Dedah Ibu Hidap Kanser, Momen Mesra Puteri Aishah Dengan Mama Sentuh Hati Netizen

IKLAN

Tidak lama dulu, Puteri pernah mendedahkan ibunya ada menghidap kanser rahim dan turut menjalani rawatan.

Foto: Instagram Puteri Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI