Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi berjaya meraih keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, yang diumumkan pada Isnin.
Anne atau Nasriah Ngasri, 40, berkongsi perkara tersebut menerusi salah satu habtaran terkininya di Instagram.
Sambil menyatakan rasa gembira, Anne turut menitipkan dedikasi buat anak tersayang.
“Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits.
“Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan Warits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah Anne turut tumlang terharu melihat kejayaan para pelajar lain.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut sama meninggalkan ucapan tahniah buat Warits.
Imbas kembali, Anne memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Selepas berpisah pada 2010, dia kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 22 Disember 2012.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini