Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta.
Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat permata hati daripada semua segi.
“Zaman Mama Abah tak sama dgn zaman anak2 ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yg terbaik utk anak2 ini.
“Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran & akhlak mereka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan.
Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun.
Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu.
“InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik utk anak2 Mama. Belakang2 tabir biarlah jdi rahsia hihi.
“Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah utk bagi yg terhebat utk anak2 ini ye. Mama Abah tak dpt mcm ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap2.
“Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek huhu.
“Jadi, bersyukur dgn apa yg ada gunakan peluang & ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak4.
“Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki & rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.
Sekadar maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah.
Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI