Bintang versatil, Alif Satar meraikan ulang tahun kelahiran bonda tercintanya yang ke-60 tahun semalam.
Lalu, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat insan yang melahirkannya itu.
Dedikasi teristimewa itu dititipkannya menerusi satu entri di Instagram.
“Mama turns 60 today.. nak tulis caption ni berkali-kali delete sebab tak tahu nak tulis apa, tulis sikit,jantung berdebar nak menangis.
“What can i say to this woman who brought me up,taught me, most of all prayed for me and made me the man who i am today.
“Half of her age, i’ve been with her, and all i have today are mostly from her prayers on the sejadah. I love you ma.
“Mama adalah insan pertama yang Alif doakan setiap kali selepas solat. May Allah grant all of my doa for you. Happy birthday darling,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut menitip ucapan hari jadi buat ibu kepada hos Big Stage ini.
Dalam perkembangan lain, Alif bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), bersama-sama Nabil dan Jihan Muse.
Bertemakan ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME 2020 dijadualkan berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto : Instagram Alif Satar