Pengarah terkenal, Datuk A.Aida ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya beberapa hari yang lalu.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang telah memaklumkan bahawa dia bakal berpisah dengan anak keduanya, Wan Az Evanatassha selepas 17 tahun hidup bersama.
Difahamkan, anak kepada kepada pengarah itu bakal melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka.
“Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh… Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini.
“Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya. Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2,@azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana.
“Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.
“Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang. Ketika saya susah, @azevanatasshadan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan.
“Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu…
“Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak… Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha…Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari.
“Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha…Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit.
“Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
“Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku..Mama Love you so much!#uitmlendu,” tulisnya.
Sedikit mengenai sisi kehidupan peribadi, A.Aida pernah mendirikan rumahtangga bersama bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng pada tahun 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun 2003.
Foto : Instagram A.Aida