Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi BBNU, Ismail Izzani yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan tanah air.

Kongsi Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri akui kini menjalinkan hubungan rapat bersama bintang Instafamous, Shalma Eliana.

Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, hubungan perkenalan bersama Shalma hanya sekadar teman rapat.

“Sebenarnya saya dengan Shalma ni kami memang rapat dan saling kenal mengenali.

Baru-baru ini dia patah kaki jadi saya selagi boleh macam hiburkan dia buat dia rasa okey.

Ads

“Kadang-kadang bawa dia keluar pergi makan malam jumpa kawan-kawan saya, pergi Big Stage jadi tak ada lah dia macam rasa sepi sangat.

“Kaki dia patah di bahagian tumit dan mengambil masa yang lama untuk pulih jadi saya harap kita semua doakan yang terbaik buat dia, InsyaAllah.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini berkata hubungan dia bersama gadis tersebut semakin rapat apabila kerap luang masa bersama.

Ads

“Bagi saya peminat ni setengah orang cakap benda tu adalah risiko, janganlah buat itu ini dan sebagainya tapi saya percaya dengan peminat dan saya pun sayang mereka macam mana mereka sayangkan saya.

“Tanpa mereka saya tak akan berada dimana saya berada sekarang, Jadi bagi saya untuk kongsi YouTube content ke apa tu tak salah sebab kami hanya berkawan,” kongsi Ismail jujur.

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini memaklumkan bahawa gadis tersebut telah diterima baik oleh keluarganya meski hanya berkawan rapat.

Ads

“Kita boleh berkawan dengan siapa sahaja kita nak berkawan dan Mama pun selesa dengan dia. Jadi bagi saya membuat YouTube content dengan dia bukan satu kesalahan.

“Saya rasa teruja sebab peminat saya pun teruja nak tengok video tu sebab kami jadi diri kami sendiri kat dalam video tu. Tak ada nak control itu ini jadi seronoklah.

“Semua kawan yang saya kenal saya nak restu daripada parents mereka, boleh tak saya nak kenal dengan anak puan atau anak pak cik sebab benda tu kadang-kadang kita tak tahu kalau mereka tak selesa dengan kita.

“Jadi kita pun akan jadi tak sedap hati dan tak nak benda-benda macam tu jadi,” katanya kepada MH.

https://www.instagram.com/p/B3l_ZsNpPi1/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI