Hiburan

“Mama Saya Ibu Tunggal, Besarkan 7 Beradik,” – Dapat Hadiah Gelang Emas, Uqasha Sebak Kenang Pengobanan Ibu

Share

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose akui terharu saat menerima hadiah istimewa berupa gelang tangan emas daripada ibu tercinta, Rosmizai Mohd Noor.

Menurut Uqasha, dia berasa sebak bila mengenang kembali pengorbanan ibunya itu untuk membesarkannya bersama enam adik beradik lainz

Katanya lagi, meskipun bergelar ibu tunggal, ibunya itu tidak pernah gagal untuk mencurahkan kasih sayang kepada semua anak-anaknya.

“Tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nunjuk riak mahupun berlagak tapi saya cuma nak berkongsi bagaimana saya hargai sangat-sangat apa mama buat untuk saya.

“Mama saya sorang ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan tujuh orang anak. Cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua

“Bila dia cari duit sana sini dan saya pun tolong mama dan bagi semua apa yang saya mampu sebagai seorang anak,” tulisnya.

 

Perkara itu dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama Uqasha turut menghargai usaha ibunya untuk membahagiakan anak-anak.

“Tapi bila dia ada lebih je dia balik Kelantan semata-mata nak kejutkan saya dengan hadiah ni. Mengalir air mata sebab saya tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak-anak.

“Terima kasih banyak mama. Saya sayangkan mama bukan sebab emas berlian tapi bagaimana mama menunjukkan kasih sayang.

“Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga Uqasha sekeluarga sentiasa diberkati Allah.

“Saya menangis tengok. Semoga mak kamu sentiasa sihat bahagia. Sama juga dengan Uqasha.

“Sebak tengok. Itulah orang cakap, kasihnya ibu tiada sempadan walaupun kita sudah besar panjang. Kasih sayangnya tidak pernah berubah. Doa ibu menjadi pemangkin kejayaan anak-anak.

“Kuasa seorang ibu memang luar biasa. Susah macam mana pun tetap gagahkan demi anak-anak.

“Hadiah yang terbaik adalah daripada ibu sendiri,” antara komen-komen netizen.

Pada masa sama, Uqasha turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan keluarganya itu datang daripada golongan berada.

“Mak saya bukan orang kaya atau berduit. Mak saya ibu tunggal. Kami sudah lama hidup berdikari sebagai perempuan. Tak mengharapkan sesiapa selagi Allah beri kudrat untuk bekerja,” jelas Uqasha.

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Uqasha itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf