Penyanyi, Kaka Azraff menyifatkan kejayaan yang diraihnya ketika ini akan sentiasa didedikasikan buat ibunya yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan dirinya serta tiga beradiknya yang lain.

Jelas Kaka, selain minat mendalam, antara faktor yang mendorong dirinya untuk menceburi bidang seni adalah untuk mengubah nasib keluarga.

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

“Semuanya untuk mama. Kaka pilih bidang ni sebab kaka minat dan nak bantu keluarga kaka.

“Kaka nak senangkan mama, nak mama relax. Cause I know macam mana susahnya mama besar kami empat beradik,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan anak saudara kepada penyanyi, Ella itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Khamis.

Ads

Malah, Kaka turut mendedahkan ibunya juga telah bekerja dengan sangat keras bagi menyara keluarga lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah bapanya.

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

“Selepas ayah meninggal, mama sorang-sorang besarkan kami. Kerja kilang, shift pagi, petang malam tapi tak pernah complain.

“Besar pengorbanan mama, tak mungkin dapat kaka balas segala jasamu. Terima kasih mama untuk segalanya. You’re my biggest inspiration. Love you Mama. Semoga Allah luaskan rezeki kita sekeluarga InshaAllah,” katanya lagi.

Ads

Kaka turut menambah, sepanjang penglibatanya di dalam industri seni, ibunya telah menjadi sumber inspirasi  buat dirinya sampai ke hari ini.

Penyanyi lagu Gila ini turut memberi tahu, sekiranya kita mempunyai niat yang baik, sudah tentu segala usaha kita akan dipermudahkan.

“Percayalah, niat kita dalam melakukan sesuatu tu penting. Yakin dgn Allah dan terus usaha. Rasa dah usaha lama? Takpa, jalan je dengan niat yang sama.. pasti ada jalannya,” jelasnya lagi.

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

Ads

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka AzraffMenerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis berikan reaksi positif selain turut menyifat Kaka sebagai anak yang baik.

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff “Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff “Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

Terdahulu, nama Kaka kian menjadi tumpuan hangat terutamanya selepas memenangi anugerah utama di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi lagu Gila bersama Noki dan Loka B, yang turut diungguli komposer, Ezra Kong.

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

“Mama Sorang Besarkan Kami, Kerja Kilang Pagi, Petang & Malam Tak Pernah Complain,” – Tahu Macam Mana Ibu Besarkan 4 Beradik, Ini Dedikasi Kaka Azraff

Foto: Instagram Kaka Azraff, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI