Masih berduka atas pemergian bapa saudara tercinta, chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, anak buahnya Fatimah berkongsi sebuah lukisan.
Lukisan berbentuk lakaran ini sepertinya memberi simbolik yang menggambarkan perasaannya, ketika ini.
Ia melakarkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dengan hati yang hancur nyata meluluhkan hati sesiapa sahaja yang menatap.
“Fatimah drew this on Sunday, 14 Ramadhan 1440H – the day Mamajee passed away. She said
“Mamajee is leaving…Fatimah is crying with a broken heart”💔 No words could describe her feelings. I guess the drawing says it all. Please kindly keep Fatimah in your prayers. She’s still in the healing process.”
Turut bersedih atas kehilangan Adam, Neelofa dan Elizad antara selebriti yang memberikan kata-kata semangat.
Al-Fatihah buat arwah Adam. Semoga dipermudahkan urusannya di sana.
Foto : Instagram The Family UK