Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, keadaan Mamat sangat baik dan dia begitu tenang sebaik dibebaskan.

Shirazdeen berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan pada latihan dan persiapan konsert Exists Reunion pada 28 September ini.

“Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” kata Shirazdeen.

Pada Ahad malam, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin ditahan polis di Taman Perling, Johor.

IKLAN

Penahanan penyanyi berusia 41 tahun itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Sementara itu, Shirazdeen juga berkata, selaku penganjur konsert reunion, Shiraz Projects sedang merancang untuk mengundang wartawan dalam sidang media bersama Mamat.

“Kami ada rancangan untuk buat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion,” kata Shirazdeen lagi.

IKLAN

Berita baik ini juga dikongsi oleh Shiraz bersama anggota-anggota Exists Reunion yang lain.

“Tiada yang terbaik untuk kami lafazkan selain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT.

Terima kasih kepada pihak penganjur Shiraz Projects yang sangat peka dan prihatin. Ini menunjukkan pihak penganjur konsert kami menjalankan tanggungjawab yang lebih dari komitmen sebenarnya.

IKLAN

“Perkara sebegini harus dicontohi oleh yang lain, “ujar anggota Exists Reunion

Sementara itu, Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.

“Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa, “tambah Shiraz.

Kredit: Shiraz Projects

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI