Berita penahanan Mamat Exist di Johor Bahru nampaknya telah mendapat reaksi penganjur Konsert Exists Reunion di mana ia akan berlangsung pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Menurut kenyataan Shiraz Projects, berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Namun, jelasnya sehingga ke saat ini konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Mamat Exists ditahan polis di Taman Perling, Johor semalam dan difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Memetik Kosmo, vokalis Exists ini dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga mendapati suspek positif.
Foto : Kosmo dan Shiraz Projects
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI