Berita penahanan Mamat Exist di Johor Bahru nampaknya telah mendapat reaksi penganjur Konsert Exists Reunion di mana ia akan berlangsung pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Menurut kenyataan Shiraz Projects, berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Namun, jelasnya sehingga ke saat ini konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Mamat Exists ditahan polis di Taman Perling, Johor semalam dan difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Memetik Kosmo, vokalis Exists ini dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga mendapati suspek positif.
Foto : Kosmo dan Shiraz Projects
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Allah Panjangkan Umur, Dapat Merasa Tua,” – Doa Elyana Agar Dipanjangkan Usia, Sempat Jumpa Cucu
Viral kini mengenai satu lagi aplikasi ‘ubah wajah menjadi tua’ atau lebih sinonim dengan tanda palang #agechallenge di media sosial.
Malah, rata-rata pengguna media sosial mulai berimaginasi dengan wajah sendiri bila di mamah usia lalu kongsikannya menerusi akaun media sosial masing-masing.
Malah, para selebriti tempatan turut tidak melepaskan peluang mencuba, termasuk penyanyi dan pelakon, Elyana.
Bagaimanapun, perkongsian bintang ini nyata menjentik hati peminat.
Nak main dengan cucu.
agar saya dapat merasa tua. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana.
Terdahulu, Elyana pertama kali mendedahkan dia menghidap barah ketika tersingkir pada minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim keempat dua tahun lalu.
Pelakon Gong itu mendedahkan dia menghidap kanser sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014.
Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kakak Dah Bergelar Isteri, Ruhainies Tak Nafi Ada Bertanya Bila Pula Gilirannya – “Bukan Tahun Ini, Saya Serah Pada Aturan Allah SWT.”
Pelakon Ruhainies menzahirkan saya syukur dan gembira atas perkahwinan kakak, Risteena dengan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan.
Majlis yang berlangsung pada 12 Mac lalu itu berjalan lancar meski diadakan dalam norma baharu.
“Pada usianya yang mencecah 32 tahun, akhirnya inilah jodoh dia. Selamanya saya asyik terfikir, siapalah jodohnya nanti, rupanya Isa. Jadi bila sudah sah, saya rasa gembira. Sedih pun ada sebab kakak saya sudah ada yang ‘ambil’.
“Isa seorang lelaki yang sangat baik dan masing-masing saling mencintai di antara satu sama lain, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai hari bahagianya pula, Ruhainies yang diketahui sedang menjalin hubungan istimewa bersama lelaki yang dikenali sebagai Elf Johan mengakui masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.
“Saya tiadalah lagi perancangan ke arah itu (mendirikan rumah tangga) memandangkan jadual lakonan sudah pun penuh hingga hujung tahun.
“Memang padat memandangkan projek terdahulu terpaksa ditangguhkan atas situasi pandemik. Jadi kini, kebanyakkan kembali buat penggambaran. Ada yang perlu dianjakkan tarikh sampailah hujung tahun.
“Jadi, tahun ini perancangan ke arah itu belum lagi,” katanya jujur.
Tidak boleh lari daripada terus ditanya mengenai perkara itu, dia yang bakal muncul menerusi drama bersiri, Cukup Derita Itu meminta ramai mendoakan yang terbaik.
“Saya sudah jangka, bila kakak sudah berkahwin pasti ada yang akan tanya bila pula giliran saya. Apa pun saya serahkan pada aturan Allah SWT.
“Sebab macam Risteena sendiri, dia rancang kahwin November tahun lalu tetapi jodohnya bulan ini. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukqn segalanya. Doakanlah yang baik-baik.
“Saya dan si dia adalah juga berbincang mengenai perkara itu, tapi tidaklah terlalu serius. Keluarga pun tidak juga asak dan bertanya bila nak berkahwin.
“Kami sudah tahun keempat bersama, minta kalian doakan sahaja. Kalau ada jodoh tak kan ke mana.
“Saya tidak berani nak bercakap lebih-lebih, bila sudah sampai ke fasa itu barulah boleh berkongsi. Saya tidak mahu canang beriya-iya selagi tak pasti,” katanya.
Foto: Instagram Ruhainies, Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
19/8/2018 Bukan Tarikh Daiyan Trisha Berkahwin, Tetapi Hakikatnya…
Segala spekulasi mengenai gambar penyanyi, Daiyan Trisha mengenakan gaun putih yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
Gambar yang disertakan dengan kapsyen ’19/8/2018′ nyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap Daiyan akan melansungkan perkahwinannya pada tarikh tersebut tetapi sebaliknya hanyalah gimik untuk ‘single’ terbarunya bertajuk ‘Langit’.
Lantaran itu, Daiyan telah memuat naik satu kenyataan di Twitter untuk menerangkan situasi tersebut.
Tambah Daiyan, dia berasa pelik dan terkejut dengan respon yang diterimanya serta menjelaskan dia langsung tiada perancangan untuk melansungkan pertunangan mahu pun perkahwinan dalam masa terdekat.
Daiyan turut mengakui berita tersebut telah mengelirukan banyak pihak terutamanya keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai.
Jelas Daiyan, dia amat berharap agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk melansungkan perkahwinannya tetapi walau bagaimanapun sehingga kini Daiyan masih belum menjumpai lelaki yang benar-benar sudah menambat hatinya itu.
Apa-apa pun MH doakan agar Daiyan cepat-cepat dikurniakan jodoh kerana ramai peminat sudah tidak sabar lagi untuk menantikan hari bahagia penyanyi kesayangan mereka itu.
Good luck untuk single terbaru Daiyan berjudul ‘Langit’
Foto: Twitter Daiyan Trisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI