Penyanyi, Ning Baizura menyifatkan insiden video viral yang melibatkan dirinya baru-baru ini secara tidak langsung telah menaikkan kembali popularitinya.
Lantaran itu, dia berterima kasih khususnya buat golongan remaja yang menyebarkan video tersebut meskipun nyanyiannya itu menerima reaksi pelbagai daripada warganet.
“Kepada BBNU dan budak-budak yang tahu kutuk akak je, buat macam-macam video nak naikkan diri sendiri, terima kasih akak ucapkan.
“Alhamdulillah, dapat lebih banyak fans dan followers semalam dan hari ini,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Malah, dia juga mencabar mana-mana pihak untuk menyaingi kerjaya nyanyiannya yang kini sudah pun bertahan lebih tiga dekad.
Ads
Pada masa sama, Ning turut menjemput mereka untuk menonton persembahannya secara penuh dan menilai sendiri kualiti nyanyiannya itu.
“Soalannya, mampukah anda bertahan selama 30 tahun? Waallahwaallam. Tak puas hati datang tengok sendiri show atau concert kakak ya. Setakat nak kutuk dan nak cari kelemahan orang, sesiapa pun boleh buat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ning turut menyifatkan tindakan seperti ini adalah bemotifkan dengki dan cuba berbuat khianat terhadap nama baiknya.
Ads
“Orang macam ni namanya oppurtunist. Yang suke cut and paste. Penakut actually bukan pengikut. Hmmmmph Allah saja yang tahu kan.
“Alhamdulillah saya masih bertenaga, berupaya, sihat, cantek, bahagia, dan masih bergelar Ning Baizura.
“Aminnn Thank you for making me stronger. I love it,” jelasnya lagi.
Ads
Beberapa hari lalu, tular sepotong video pendek yang memaparkan persembahan Ning sewaktu menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu.
Video tersebut menerima kritikan ramai selepas ada yang mengatakan nyanyiannya sumbang meskipun menyanyikan lagu sendiri.
Disebabkan insiden tersebut, pengikut Ning dikatakan menaik secara mendadak di aplikasi Instagram dan Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Ning Baizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.
Walaupun ditimpa ujian yang cukup berat, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengambil pendekatan enggan menitiskan air mata di hadapan kedua-dua anaknya.
Menerusi perkongsian luahan di Insta Story, Shuhada, 29, berkata anak-anaknya akan berasa susah hati sekiranya melihat dia menangis.
“I love you sayang, buah hati ibu, peneman air mata ini budak.
“Dia cukup takut tengok air mata ibu mengalir, dia susah hati so tak boleh menangis depan Umar,” tulis Shuhada sambil memuat naik foto anak bongsunya, Umar yang sedang tidur.
Shuhada turut memuat naik video memaparkan seorang imam sedang menangis ketika sedang mengetahui sembahyang jemaah.
Menerusi video itu, Shuhada turut menulis luahan seolah-olah memujuk hatinya sendiri agar sentiasa kuat dalam berhadapan ujian dalam kehidupannya.
“(Menangis) bukan bermaksud kamu tidak dapat mengharungi ujian yang diberikan, menangis sahaja Shu, jangan risau. Allah sentiasa berada dalam hati kamu,” tulis Shu.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan tarikh sebutan semula kes cerai Shuhada dan Hafidz pada 9 Mei depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal tadi, pelakon Syatilla Melvin yang sarat mengandung anak kedua ada memuat naik foto terkininya selepas melakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Kata Tilla, berat badannya kini bertambah 20 kilogram.
“Tdi checkup peqhot, berat aku dh 73kg daripada 53kg. hebat dak laki bgi makan smpai naik 20kg?,” katanya ringkas sambil menyatakan jenama tudung yang digayakan.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...