Sebelum ini, heboh di laman media sosial mengenai pelakon Intan Najuwa yang dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka.
Malah ada yang mendakwa bintang cantik itu mulai bercinta dengan lelaki berstatus VIP itu selepas lebih setahun putus kasih.
Lalu ketika ditanya MH, pelakon berusia 21 tahun itu turut hadir ke sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), ada jawapan sendiri.
Kongsi Intan, ia hanyalah khabar angin dan tak betul seperti yang disangka.
“Saya rasa itu semua khabar angin dan kalau Intan ada relationship dengan sesiapa Intan sendiri akan bagi tahu dekat sosial media, dekat semua.
“Tak ada apa yang nak disorokkan.”kongsinya jujur.
Di samping itu, Intan juga memaklumkan percutian dia di Kota Paris sebelum ini bukanlah bersama jejaka istimewa.
Akan tetapi, dia ke sana bersama bersama ibu dan adiknya yang lain.
“Eh I pergi Paris dengan my mom, my sister and my friend sahaja. Tak adalah…I tak pergi dengan somebody, mana dapat tahu ni?!,”jawab seloroh Intan.
Menerusi penjelasan tersebut, pelakon yang terkenal dengan drama Kekasih Paksa Rela itu berharap peminatnya untuk tidak percaya dengan khabar angin yang tidak sahih tentang dirinya.