Satu entri Instagram pelakon, Fasha Sandha mengundang perhatian apabila bintang versatil itu menempelak seorang individu yang didakwa telah merakam fotonya tanpa izin seterusnya membuat kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah gara-gara tidak dapat merakam foto bersamanya.

Perkara tersebut didedahkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu selepas wujud satu status dimuat naik di FB yang dilihat mengkritik tindakan pelakon berkenaan.

Lalu, Fasha tampil memberikan penjelasan.

“Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat). Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.

”First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH.

”Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI, DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA, SILA HADAM JAWAPAN SAYA,” tulisnya sambil memohon agar peminat tidak menggangunya berdasarkan situasi tertentu.

“Jangan GANGGU SAYA KETIKA;

IKLAN

1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG!

2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.

3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2.

4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA
Ingat ya, SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI,” maklum Fasha.

IKLAN

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meminta agar jadilah peminat yang bijak dalam menilai situasi.

”Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA

”MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya, Hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar.

”Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA.
Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap.

IKLAN

”Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA.

”Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK,” jelasnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat) . Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH 😊 Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA,SILA HADAM JAWAPAN SAYA Jangan GANGGU SAYA KETIKA 1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG! 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut 3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2 4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA Ingat ya ,SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI. Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. 😊 Apa masalahnya kalau saya pakai selipar 😊😇 Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA. Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA 😊 Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK Terima kasih. @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Serentak dengan perkongsian berkenaan, rakan artis turut sama meninggalkan reaksi selain peminat yang rata-ratanya memahami    akan situasi yang dihadapi Fasha ketika itu.

Fasha sebelum ini pernah berkongsi mengenai pendiriannya untuk beri fokus dan mengawal anak-anak demi keselamatan dan privasi mereka, khasnya di tempat awam.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI