
Pengarah Michael Ang telah memuat naik satu video menerusi di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Michael telah meluahkan perasaan dan pendapat mengenai isu individu yang ingin berkahwin pada usia muda, tetapi masih belum ada pekerjaan tetap.
Semua gara-gara mahu bercuti bersama.
Malah pengarah kepada drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot itu menegaskan bahawa dia tidak bersetuju jika ada individu yang ingin berkahwin pada usia muda semata-mata untuk menghalalkan perhubungan.
“Menghalalkan perhubungan! That is the question! Topic di set hari ni! Luv u all!”tulisnya.
View this post on InstagramMenghalalkan perhubungan! That is the question! Topic di set hari ni! Luv u all!
A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Lantas, perkongsian pengarah yang berumur 43 tahun itu telah membuatkan netizen bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Michael.
Michael juga turut memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram untuk berfikir secara waras dan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda.
Selain itu, Michael menyarankan untuk mempunyai ekonomi kewangan yang stabil dahulu sebelum mendirikan rumahtangga.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Michael. Niat tidak akan menghalalkan cara jadi fikirlah sebaik-baiknya sebelum membuat sesuatu keputusan.
Video : Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Bergelar Ibu Tunggal Banyak Perkara Perlu Dititik Beratkan,” – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah menjelaskan penglibatannya di dalam program nyanyian realiti, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bukan hanya kerana habuan semata-mata.
Sebaliknya, penyertaannya di dalam program popular itu sebagai platform untuknya menyerlahkan sisi lain dalam profil kerjaya nyanyian.
Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah, 32, mengakui dia perlu juga memikirkan mengenai kewangan apatah lagi sejak bergelar ibu tunggal awal tahun ini.
“Saya tidak menafikan apabila bila bergelar ibu tunggal banyak perkara yang saya perlu titik beratkan, misalnya dalam soal kewangan. Saya tidak nafikan. Di bahu saya terdapat banyak benda yang saya perlu fikirkan juga.
“Jadi ibu tunggal bagi saya bukan hal yang mudah. Akan tetapi kalau nak dikatakan seratus peratus sebab saya sertai GV9 kerana hal kewangan tidaklah tepat. Sebab saya setuju sertainya pun atas dasar minat.
“Saya benar-benar mahu berkarya supaya mudah-mudahkan selepas peminat nampak sisi lain saya. Siapa tahu mungkin akan ada peluang lain lagi untuk saya di luar sana selepas ini insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kritikan atau komen melampau yang bakal diterima apabila program itu bakal bermula Ahad ini, penyanyi Patah Seribu itu bersedia dan memilih untuk lebih rasional dalam menguruskan hal tersebut.
“Kali ini saya memilih untuk tidak membaca komen negatif yang ditinggalkan. Sebab sebelum ini saya masih baca juga komen sedemikian. Kadang-kadang di balik reaksi yang tak baik itu, ada terselit perkara yang sebaliknya.
“Cuma kalau diberikan komen yang baik, saya ‘aminkan sahaja. Jujurnya sekarang bagi saya komen negatif yang diberikan itu agak menakutkan.
“Iyalah sebab di akhirnya nanti rezeki kita semua ini Dia yang menentukan. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah SWT yang menentukan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Buktikan Sumpah,”- Tular Gadis Pijak Al-Quran, Semoga Engkau Selamat Dari AzabNya Kata Jasmin Hamid

Tular di media sosial apabila sekelumpulan remaja perempuan terbabit dalam video memijak dipercayai Al-Quran oleh salah seorang dari kalangan mereka kerana mahu membuktikan sumpah.
Lantas, perkara itu telah menimbulkan kekecewaan dan perasaan geram orang ramai termasuk pelakon Jasmin Hamid terhadap tindakan tersebut.
“MOHON JAGA LISAN… Astaghrfirullahalazim..
“Sedih, marah…semua perasaan bercampur bila tengok gelagat anak-anak ni.. Al-Quran di pijak untuk membuktikan sumpah ,apa yang telah berlaku padanya … Semestinya ini bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri yang sudah hilang IMANnya…
“Ibu bapa harus rajin pantau aktiviti dan media sosial anak-anak supaya mereka tidak terlibat dalam gejala tak bermoral.. Sekarang dah jadi TREND, benda-benda yang NEGATIVE di rakam dan di post di media sosial,”tulisnya.
Pada masa sama, pelakon ini turut bersyukur kerana ia tidak berlaku dalam kalangan ahli keluarganya.
“ALHAMDULILLAH…ia tidak terjadi padaku dan keluargaku.. Semoga Allah berikan dia HIDAYAH. Semoga engkau selamat dari azabNya,” tulis sambil disertakan sumber video berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Sementara itu, diruangan komen, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap sekumpulan gadis dengan loghat Kelantan itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti punca sebenar sekumpulan gadis tersebut bertindak sedemikian.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 30,000 tontonan. Terkini, empat suspek telah pun ditahan di antara Khamis malam dan awal pagi Jumaat.
Empat suspek yang ditahan termasuk remaja perempuan yang merakamkan aksi berkenaan.
Difahamkan, remaja berkenaan telah ditangkap polis.
View this post on InstagramA post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on
Video : Instagram Jasmin Hamid/Kosmo Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Kata Saya Anak Mak, Bercerai Sebab Mak,” – Fizo Omar Nafi Spekulasi Keluarga Punca Cerai

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menafikan mengenai spekulasi perpisahannya dengan Mawar Karim adaah disebabkan campur ahli keluarga.
Bekas finalis Hero Remaja itu berkongsi cerita menerusi sesi Live di Facebook Profesor Muhaya yang disiarkan Jumaat lalu.
Malah, Fizo menjelaskan tiada pergaduhan berlaku antara kedua-dua belah pihak dan dia memilih untuk terus berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Saya mendapat banyak respon daripada netizen mengatakan saya anak emak. Dan bercerai disebabkan oleh ibu. Saya harus nafikan kerana ia tidak benar.
“Persepsi orang, saya memilih ibu dan mengorbankan isteri dan anak, namun bukan itu yang berlaku. Saya ada jawapan sendiri dan Mawar tahu mengenainya. Dan atas sebab itu kami bercerai secara baik.
“Saya memilih untuk diam kerana tiada apa yang harus diceritakan. Tiada keburukan Mawar untuk dijaja dan terlalu banyak kebaikan dia untuk diceritakan.
“Ada wartawan yang cuba mengorek cerita namun jujurnya tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Orang ramai hanya mahukan cerita keburukan. Namun, rumah tangga kami memang baik sebelum ini,” jelasnya.
Mengakui terkejut dengan spekulasi yang bertebaran, jelas bapa tunggal ini lagi, fitnah timbul hanya untuk melaga-lagakan.
Walaupun ramai yang meminta agar dia mengeluarkan kenyataan bagi menghentikan spekulasi, namun dia lebih selesa berdiam diri.
“Jujurnya saya terkejut apabila netizen membuat spekulasi mengatakan berlaku pergaduhan antara keluarga, namun sebenarnya kami baik-baik sahaja.
“Memang ramai yang memaksa agar saya bercerita untuk menjelaskan keadaan sebenar. Dan apabila saya memilih untuk berdiam diri, mereka kata saya yang bersalah.
“Tak apalah, saya baik-baik sahaja, cuma ia mungkin memberi kesan kepada keluarga saya,” ulasnya lagi.
Dilihat tenang saat prosiding di mahkamah minggu lalu, bapa kepada Wan Maryam memberitahu, emosi yang ditonjolkan bukanlah bermakna tiada sekelumit rasa sedih di hati.
Bagaimanapun, ia merupakan berkat zikir Ya Barik yang diamalkan.
“Saya sendiri terkejut dengan ketenangan diri sewaktu di mahkamah. Orang kata seolah-olah saya tiada perasaan.
“Namun, saya sangat sedih kerana kami sudah punyai anak dan Mawar juga banyak jasa dan kebaikan sepanjang kami bersama.
“Namun sudah tertulis jodoh sampai di situ dan ia atas persetujuan dan kebaikan bersama. Perceraian ini bukan kerana kami saling membenci,” akuinya yang kini lebih tenang selepas fasa perceraian.
Pelakon ini juga dilihat membuat kenyataan sudah memaafkan netizen menyebarkan fitnah dan spekulasi.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu kira-kira jam 10.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, 10 Julai lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI