Pemenang tempat ketig la Big Stage 2020 (BS2020), Qody Rany berhasrat untuk menganjurkan majlis ramah mesra bagi meraikan para peminat yang tanpa jemu menyokongnya sepanjang pertandingan BS2020.

Bagaimanapun menurut Qody, sewaktu baru sahaja keluar daripada sebuah program realiti nyanyian satu ketika dahulu, dia pernah mengadakan majlis sama, tetapi jumlah kehadiran peminat amat sedikit.

Situasi tersebut menyebab dia tertanya-tanya ke manakah hilangnya peminat yang selama ini dikatakan menyokongnya pada ketika itu.

“Saya nak buat meet and greet tapi mungkin di KL terlebih dahulu. Sebab akan ada yang datang dari Kelantan, Johor, Terengganu dan banyak lagi. Kena cari lokasi sesuai.

“Kiranya, ini adalah salah satu sesi meet and greet yang pertama selepas saya masuk dalam industri ni, insya-Allah.

Ads

“Dulu saya pernah buat tapi hanya empat hingga ke lima orang sahaja yang datang. Tapi saya tak kisah. Meet and greet tu saya buat dua tahun lepas.

“Sejak dari tu saya fikir yang saya tidak akan buat lagi program macam ni. Masa tu saya asyik terfikir ‘kat mana peminat aku, kata support aku’,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Satu Malam itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di sidang media Big Stage 2020 Akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Ads

“Mana Peminat? Kata Support Aku” – Hanya 4 Ke 5 Orang Datang, Qody Rany Cerita Kisah Yang Ramai Tak Tahu

Mengakui agak berasa sedih pada ketika itu, Qody mendedahkan dia tetap rasa syukur kerana memiliki peminat yang benar-benar menyokongnya meski dalam kuantiti yang sedikit.

Ads

“Saya ada juga rasa sedih pada masa sama happy juga. Mereka tak datang dengan tangan kosong. Ada yang bawa belon, kek dan hadiah.

“Lepas tu saya terdetik buat apa saya nak bersedih. Ini lah peminat yang betul-betul ada depan mata. Apa yang jadi membuatkan saya lebih menghargai mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Qody turut mengakui BS 2020 telah banyak mengubah kerjaya seninya malah peminatnya juga dikatakan makin bertambah.

“Mana Peminat? Kata Support Aku” – Hanya 4 Ke 5 Orang Datang, Qody Rany Cerita Kisah Yang Ramai Tak Tahu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI