Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberikan nukilan dan berkongsi kisah bersempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada Ahad.

Menerusi satu posting di Instagram, Rita ada meluahkan pengertian hari bapa buat kedua-dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Menurut Rita, bagi anaknya Paklong dan Paksu (bapa saudara) dianggap sebagai ‘bapa’ mereka dan tidak pernah lupa untuk berikan ucapan istimewa buat individu tersebut.

Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan anak-anaknya bertuah kerana memiliki bapa saudara yang baik serta mengambil berat seperti anak sendiri.

“Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’.

Ads

“Dari kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt, mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy.

“Kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka.

“Anak-anak sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri….walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap ‘bapa saudara’ dorg ni mmg pure love.

Ads

“Senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda.

“SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Harini adalah HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg…. Paklong & Paksu…bg mereka itu lah 'bapa' …dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara…apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt….mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy……kasih syg mereka tiada sempadan….walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara……budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka…budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka….Ank2 sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri….walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa…sering sebut klau ada apa2…rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap 'bapa saudara' dorg ni mmg pure love…senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa……wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti…..jagalah mereka spt bapa sendiri….itu pesan sy pd mereka selalu….kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda….SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ……ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu …..terima kasih TUHAN…😊

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Ads

Turut dikongsi ialah foto lama kedua anaknya yang dipangku bapa saudara ketika masih kecil.

Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.

Bagaimanapun mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 11 dan 9 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI