“Mana Si Dia…,” – Tak Nampak Figura Syamsul Rai Hari Lahir Anak Perempuan, Ramai Tersentuh & Puji Silaturrahim Besan

Share

Susulan keraian secara sederhana anak kedua Puteri Sarah Liyana, Sumayyah yang keempat baru-baru ini, ada peminat tertanya mengenai ketiadaan bapanya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada majlis tersebut.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan Puteri Sarah menerusi Instagram, majlis dirai bersama ahli keluarga yang diadakan di Restoran Haslam sejurus berbuka puasa.

Turut kelihatan ialah ibu bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh bersama mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, kelibat Syamsul Yusof tidak pula kelihatan menerusi foto yang dimuat naik.

Sekaligus, peminat di ruangan komen hantaran tersebut mempersoal perkara itu memandangkan ia sambutan hari lahir anak bongsunya.

Malah tak kurang yang memuji silaturrahim besan yang dilihat saling menyokong di antara satu sama lain.

Ini antara komen yang ditinggalkan peminat;

“You should be thankful and proud like really really proud of yourself. Mentua macam ni memang one in a million and you are the chosen one. Salam Ramadan.”

“Mana si dia yang kononnya nak berdamai face to face seperti yang diucapkan dalam pc tu? Ada datang majlis ke tidak? #sekadarbertanya.”

“Untung you Sarah dikelilingi orang yang sayang you.”

“Dikasihi keluarga satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Syukur alhamdulillah.”

Sementara itu, Datin Patimah turut memuat naik foto Sumayyah ketika masih bayi di Insta Stories sambil memanjatkan rasa syukur kerana cucunya kini genap empat tahun.

Dalam perkembangan lain, Syamsul kini difahamkan memberikan komitmen terhadap penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH