Penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ini sedang giat melakukan persiapan dari segi vokal bersempena dengan konsert jejalahnya, Siti On Tour 2019.
Lalu, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Anta Permana itu turut berkongsi sekitar sesi persiapan, termasuk mendapatkan latihan vokal demi memantapkan lagi nyayian.
Bagaimanapun apa yang lucunya, gelagat Aafiyah yang merengek beberapa kali mengundang rasa terhibur di kalangan peminat, apatah lagi Tok Ti menerusi ruangan kapsyen turut berseloroh mengenai hal sama.
Video ‘comel’ itu dikongsinya beberapa hari lalu menerusi platform Instagram.
“Ibu ada kelas Vocal harini, Aafiyah plak yang excited nak belajar.. kuat plak tu suara dia .. hahahaha,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut meninggalkan pelbagai komen di kalangan peminat, termasuk rakan selebriti seperti Mira Filzah.
Dalam perkembangan lain, konsert jelajah tersebut bakal bermula di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari 2019, diikuti Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac 2019, Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 dan berakhir di Royal Albert Hall, London pada 22 April 2019.
Apapun, All the best buat penyanyi nombor satu negara!
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Mira Filzah